Saturday, 1 March 2014

Life Budak Tahun Dua

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama betei kak long tak melawat kawasan. Apa khabar semua? Dah makin besar adik2 akak skang *senyum hambar*

      Actually aku ni tak habis lagi meratapi result sem 3 yang lepas. Kesannya seolah-olah luka lama berdarah kembali. Faham tak apa aku rasa ni?

      Tapi zaman dah berubah. Siapa tak 'move on' memang kena tinggal. Tahun baru. Semester baru. Lecturer mostly baru. Anak buah baru. Device baru. EH?

      Mungkin tanggungjawab yang nak dipikul sem ni lebih berat berbanding sem lepas and sebelum-sebelumnya. Jawatan yang ada masih mampu aku handle. Tugasan pun so far takde masalah. Yang paling best, masa aku terasa lebih berharga bila dimanfaatkan dengan perkara-perkara cenggini. Serius tak tipu!


      Macam poyo je kan? Haha.. Tapi yang poyo nilah yang membantu aku untuk lebih organise. Each programs perlu ada checklist memasing. Baru boleh track and trace the progression. Yang ni contoh je. Pakai gunting-lekat-tampal sajoo..

      Kat sini aku nak promote kat engkorang semua pasal satu kerja amal ni. Tak perlu keluar duit pun. Cuma kumpul pakaian (baju, seluar, tudung, beg etc.) terpakai or baru dan hantar ke alamat tertera. Klu lebih 100kg, nanti dia akan arrange the pick up clothes within Selangor and Kuala Lumpur area only.



      This one you may choose either to send your clothes directly to the address mentioned or to do the collection at your local area by your own effort until it reach 100kg. Sebarang pertanyaan boleh contact terus number tertera. Anyone stay area Nilai boleh contact aku terus. Email je ke salmahsolehah@yahoo.com 

      Dalam sebulan lepas bukak sem, dah nampak dah busy nya macam mana. Mana nak divide masa nak study, buat assignment, urus rumah, settle paperwork and programs *ambik nafas* . Kiteww sempuuuuutttttttt~

      Luckily kita ni ada Tuhan nak bergantung harap. Tempat mengadu kasih masa suka duka. 24 jam talian terbuka. Aku ni je sesekali terlupa. Ingatkanlah aku bila alpa. Kejutkan aku bila terlena.

*      *      *

      Kalau dah nama perempuan tu, perempuan lah jugak. Pantang nampak barang cantik sikit, laju je tangan nak menyambar. Takpelah. Kali ni anggap je reward diri untuk paperwork program 'FSU Night Lecture Series'. Beli kat iFest depan Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), USIM. Lawa tak? T.T


Happy weekend! :D