Friday, 13 December 2013

Cita-cita Ummah (Assyahid Ammar)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




Kelmarin, dalam pukul 4 petang tengah2 aku syok scroll down timeline Facebook aku ternampak poster ni. Tak sempat nak belek lama2. Tapi sebab pasal Arwah Ammar, aku pun macam tergerak hati nak datang.

Tiap-tiap hari Rabu aku memang ada kelas Ulum Hadis dari pukul 6-7 petang. Waktu tu hati ni masih berbolak-balik lagi. Nak pergi ke tak. Nak ke tak.

Syaitan pun mula berbisik, "Jangan pergi, esok kau ada test Contract Law."

Nafsu pulak nak nyibuk, "Weh, mengantuk kot talk sampai pukul 11."

Akal mula tak waras, "Kau belum siap lagi answer script Consti untuk study group."

Ok fine. Tak mau pi!

(Syaitan pun melompat kegirangan)



Tapi takdir dan iradah Allah tak siapa boleh halang. Diri ini gagah jua meng'kick-start'kan enjin motor lalu beransur munuju ke program tersebut.

Agak lambat aku sampai sebab banyak sangat tempat aku singgah sebelum pergi. Tulah, niat tak pasang pakai skru. Main lekat ala kadar je.

Sampai DKP 3 lebih kurang 8.30 malam. And guess what? Full house! Subhanallah.. Subhanallah..

Aku and kak Pidah dapat jugak duduk lantai. Kira okay lah tu ada lantai.


Speaker sampai dalam pukul 9. Tapi yang dapat hadir cuma bro Jufitri, Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan seorang lagi sahabat arwah, Hafiz (kalau tak salah).

Apa yang aku dapat ringkaskan kat sini daripada talk yang disampaikan oleh bro Jufitri (sebahagian riwayat hidup Assyahid Ammar):

" Dalam pada rakan-rakannya mengejar cita-cita bergelar doktor, engineer dan sebagainya, beliau memilih untuk menukar cita-cita peribadinya kepada cita-cita ummah. Memilih Universiti Marmara, sebuah universiti yang tidak diiktiraf kerajaan, beliau tekad menyambung perjuangan dakwahnya di situ dan menyerahkan masa depannya kepada Allah swt. Minatnya dalam bidang sejarah menggalakkan beliau untuk terus mengkaji tamadun Islam di seluruh dunia. Fasih dalam berbahasa Turki memudahkan lagi usaha khusunya apabila berinteraksi dengan masyarakat tempatan di sana. Salah satu faktor penyumbang adalah disiplin diri yang mantap kerana pernah menuntut di Maktab Tentera Diraja (Royal Military College)."

 Itu serba ringkas aku boleh share. Memory dah full nak hafal kes punya pasal. Konon..



But the best part I can come out with is to rephrase what had been told by bro Jufitri...

" Daripada kamu mahasiswa dok sibuk dengan pro-Aspirasi lah pro-Mahasiswa lah apa lah, ada baiknya kamu kaji sejarah dunia luar sana. Banyak lagi yang kamu tak tahu cause there's soo much things to be explored out there. Pergilah mengembara."

Woha! I looooike~


p/s: Jom backpacking!