Thursday, 26 September 2013

Journey to the Middle of the Night (Final Part)

You may read my previous post through this link :)


      Majlis tamat lebih kurang jam 11 malam. Ada jamuan ringan after tu tapi kitorang tak makan pun sebab terlebih kenyang makan jajan. Padan muka kitorang. Tak pasal-pasal melepas makan nasi Arab Maqluba..sob sob sreeeettt...


      Macam jemaah lain, kitorang pun berpusu-pusu keluar dari dewan solat utama sebab AJK masjid dah nak kunci dewan tersebut. Mula-mula risau jugak sebab ingatkan kena jadi homeless tidur di kaki lima masjid. Fortunately, salah seorang peniaga kabo kat kitorang malam nanti ada qiyam kecil-kecilan di dewan solat tingkat bawah. Meaning that ada disediakan tempat untuk bermalam sekali. Alhamdulillah, lagi sekali Allah mudahkan urusan kami.

      Once dah nampak meja pendaftaran di ruang legar, lincah je kaki ni melangkah. Mula-mula aku terberatur di barisan lelaki. Pastu kena tegur dengan sorang pendaftar tu. Hek'eleh, kerek giler mamat sekor ni! After dah isi nama dalam list atas meja, sorang lagi pendaftar tanya kitorang dari mana. Mulut aku ni lancar je jawab yang kitorang duduk Nilai. Tup tup dapat tahu yang diorang pun student usim jugak. Aisehhh aku ingat dah cukup jauh aku pergi. Jumpa jugak dengan budak sekolah sendiri. Yang pelik tu, acano diorang boleh jadi pendaftar kat masjid ni? Ah, nak pulak aku nak tanya diorang kan. Memang tak laa..

      Maka, malam tu pun kitorang berdua tidur bersama jemaah yang lain. Kitorang tidur seperti seorang musafir lagaknya. Padahal korang tak tahu nyamuk malam tu lagi aktif dari nyamuk time camping di hutan tebal. Bila bangun tidur bengkak-bengkak satu badan.


*      *      *

4.00 a.m. - Qiyam kecil-kecilan
6.00 a.m. - Solat Subuh berjemaah
6.30 a.m. - Kuliah Subuh


      Pagi tu kitorang bersiap-siap dan nak balik rumah terus. Mandi, kemas-kemas, beli breakfast tepi masjid dan terus menuju ke Seksyen 2, Shah Alam. Dari situ, kitorang ambil bas U80 menuju ke KL Sentral. This is an alternative way kalau taknak terus naik KTM. Malas nak patah balik. Actually, mana-mana pun sama je. Yang penting ada duit nak bayar tambang..mihmihmih...

      Sampai-sampai rumah, kejap je dah rindu. Rindu akan perjalanan kami. Rindu suasana duduk bersama-sama orang alim. Rindu nak jejak kaki ke rumah Allah. Aku terus buka buku catatan dan mula mencatat segala pengalaman yang tak ternilai harganya...





Rindu nak datang sini lagi :(


The End - "Journey to the Middle of the Night"

No comments:

Post a Comment