Tuesday, 17 September 2013

Kuliah Subuh Di Masjid Negeri Shah Alam (15/9/2013)

Bismillahirrahmanirrahim...


Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..


Maaf andai ilmu yang telah disampaikan dua hari yang lepas hanya dapat aku kongsikan sekarang. Dalam status fb aku baru-baru ini, aku ada cakap nak share isi kandungan ceramah kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh seorang ustaz di Masjid Negeri, Shah Alam.


Actually, after solat Subuh tu aku terus turun bawah. So bila naik balik dewan solat tingkat atas, kuliah pun dah mula. Tak sempat nak dengar tajuk, tapi fahamlah topik yang akan disampaikan adalah kebahagian yang dirasai oleh setiap ahli syurga. Yupp! Selalu dengar pickup line 'till Jannah' kan? Maksudnya, memang fitrah manusia mengimpikan syurga sebagai sebuah pengakhiran hidup kita di Akhirat nanti.


Kata ustaz penceramah tu, Allah dah bagi motivasi dah dalam Quran. Motivasi untuk umat manusia terus beribadah tanpa henti dan ada rasa jemu. Salah satunya ialah dengan memberi gambaran tentang keindahan tinggal di dalam Syurga Allah. Kalau sebelum ni, aku tahulah sikit-sikit yang nanti di Syurga ada bidadari, sungai dan apa yang kita hajati semua akan dipenuhi. Tapi after dengar kuliah pagi itu, aku rasa sebak, malu dan rendah diri dengan nikmat yang Allah ganjarkan pada kekasih-kekasihnya yang bergelar ahli Syurga. Sungguh! Rasa tak layak tu memang ada tapi bila rasa mahu itu mengatasi, terbuai sebentar perasaan membayangkan perasaan menjadi seorang penghuni Al-Jannah...



Di Syurga nanti...


  • Mereka akan memakai pakaian yang berwarna-warni (tak sure colour block or camne tapi ustaz tu kata memang cantik). Baju yang dipakai adalah sebanyak 70 helai dek kerana cuaca yang terlampau sejuk; iaitu sejuknya dapat dirasai dari jarak 500 tahun perjalanan. Namun begitu, baju yang sebanyak 70 helai itu tadi adalah lebih ringan berbanding baju yang dipakai oleh kita di dunia.
  • Mereka akan memakai gelang dan kerongsang. Kalau gelang, dari bawah sampai hujung lengan dan kaki (kerongsang ni maybe pakai satu badan kot).
  • Mereka akan memakai jed; yang mana cahayanya lebih menyinar terang berbanding matahari.
  • Mereka juga akan memakai 10 cincin di setiap jari; tiap-tiap satu tertulis ayat-ayat Quran (ustaz ada beritahu satu persatu ayat pada setiap cincin tapi tak dapat take note semua sekali, cuma cincin kesembilan dan kesepuluh yang dapat catat). Kalau cincin ke-9, maksud ayat Quran adalah manusia akan sentiasa gembira di sini dan punca kegembiraan itu berbeza-beza setiap masa. Cincin ke-10 pula mengandungi ayat Quran yang menyatakan Allah itu Maha Pengasih.
  • Mereka akan diberi dua wangian yang paling harum di alam semesta; iaitu kasturi dan ambar (tak sure benda apa ni, tapi if Victoria Secret ada jenis ni confirm laris!). Dikatakan haruman ini akan dibawa terbang oleh burung untuk diberi kepada semua ahli Syurga.
  • Above all, yang ini kot paling best. Mereka akan dapat melihat zat Allah swt. Pada waktu itu, akan dipanggil semua malaikat untuk menghamparkan mimbarNya. Tangga mimbar tersebut dikatakan sejauh 500 tahun perjalanan terdiri daripada batu merah (bukan batu bata, tapi macam Ruby and all that). Akan diadakan majlis besar-besaran. Akan dipanggil juga para Nabi yang menerima kitab-kitab daripada Allah untuk membaca kitab masing-masing (baca yang original copy, bukan yang testament punya). Nabi Daud akan membaca kitab Zabur dengan menggunakan 7 macam suara dan Qiraat. Bila tiba giliran Nabi Muhammad saw, semua umat ternanti-nanti akan Baginda...
  • Selesai saja upacara, maka akan terbukalah hijab. Dikatakan bau wangi angin yang keluar cukup hebat, belum pernah lagi dihidu oleh sesiapa pun. Maka terlihatlah mereka akan zat yang indah yang belum pernah lagi dilihat akan makhluk. Diperlihatkan dari enam sudut berbeza.




Eh, ada yang tidur ke dalam kuliah Subuh ni? Bangun bangun bangun. Rugi kalau tak dengar dan baca sampai habis. Sebab kalau dengar live memang lagi real. But the contents written here are still the same I guess.

Rasanya, setakat ini dulu perkongsian aku. Mana yang seven parts tu? Rilek brader, brader rilek. Sesi menyanyah kita masih ada..hahaha...

InshaAllah, entry akan datang aku akan menceritakan rentetan perjalanan kami sepanjang bermusafir selama dua hari sekitar Lembah Klang. Muehehe... tungguuuuu~

No comments:

Post a Comment