Sunday, 22 September 2013

Journey to the Middle of the Night (Part II)

You can read my previous post through this link :)


"Berapa ringgit pak cik?"

"Tiga ringgit setengah je."

"Okay, ni dia. Terima kasih ye pak cik. Jumpa lagi."


Bila aku turun je teksi, takde apa yang aku nak pandang selain keindahan seni bina masjid yang tersergam indah di depan mataku sekarang. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..




Well actually, this was not my first visit to this place. Aku pernah datang sini masa aku study kat UiTM Shah Alam tahun 2011 dulu. Bulan Ramadhan kalau tak silap sebab ada program dengan senior. Susah sangat aku nak describe perasaan ni tapi bezanya macam langit dan bumi. Kalau dulu aku datang macam terpaksa je sebab orang lain suruh but as for this time aku memang datang atas keinginan sendiri. Keinginan yang memang bersungguh-sungguh punya. Konon. Hahaha..

Jalan punya jalan kitorang sampai kat tingkat atas bahagian dewan solat jemaah yang utama. Dalam perjalanan tu bila aku dongak kepala, maka ternampaklah akan kubah biru yang besar lagi mempersonakan. Waktu nilah lagu 'Di Bawah Langitmu' nyanyian Opick terngiang-ngiang kat telinga aku. Sebijik macam tengah shooting. Ada music background. Dan akulah watak utama. Heh!




Masuk-masuk masjid je, kitorang nampak ramai sangat orang especially kat bahagian solat lelaki. Dengan berjubah putih lengkap berserban dan kopiah. Alamak, lari tema betul baju aku hari tu! Syakirah cakap budak-budak ni dari sekolah tahfiz di bawah pimpinan salah seorang Habib dari Malaysia (tak ingat apa namanya). Kebiasannya, diorang akan bersama-sama untuk memeriahkan suasana majlis dengan bacaan Qasidah. Sejuk perut ibu mengandung :')

Majlis sepatutnya start pukul 5 petang. Kitorang sempat settled down before that. Sampai pukul 6 baru ada pengerusi majlis pergi ke mic and made some announcement.


"Alhamdulillah. Selesai sudah bacaan 30 juzuk Al-Quran sebentar tadi. Maka kita akan menyambung majlis dengan membaca beberapa potong ayat berserta makna yang akan disampaikan oleh...."


Agak terpinga-pinga juga kami di situ. Tapi right after dia edarkan buku yang diterbitkan khas untuk majlis kali ni, baru aku tak clueless macam tadi. At least ada guidelines and some ideas on who's actually Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad and what's the significant of this particular event. Indeed, he was a great Qutub and Mujaddid Islam. (Boleh baca lebih lanjut di sini)

Bila dah seharian berjalan, mandi is the best solution to rejuvenate our body. Shower kat sana memang superb! Tak tumpah macam five-stars hotel. Dan yang paling penting, cermin dia pun besar dinding. Toksah rebut-rebut nak betulkan tudung.

After dah siap mandi, aku pun naik dewan solat semula. Sampai-sampai je, Syakirah cakap dia baru je ambik wallet dari pegawai masjid sebab ada orang jumpa. Aku pun rasa cam nak pengsan bila dengar cerita dia. Bila masa jatuh pun kitorang tak perasan. Tak pelik kalau ada orang sejujur tu kat kawasan macam ni. Tapi zaman sekarang nak jumpa orang sejujur tu memang payah. And eventually, we praise Allah for sending back what's precious to hers. Kun fayakun.


To be continued...

No comments:

Post a Comment