Saturday, 21 September 2013

Journey to the Middle of the Night (Part I)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Masuk hari ni, dah genap seminggu program di Masjid Negeri, Shah Alam berlalu namun kenangan pada malam itu masih lagi segar dalam ingatan ini. Actually, this was a program organised by www.alhawi.net and I read the advertisement on Pondok Habib website. Alhamdulillah, Allah izinkan aku pergi bersama-sama dengan seorang lagi sahabat.


Kami bertolak menuju ke Shah Alam by KTM. Syakira (bukan nama sebenar) naik dari Seremban, aku pulak naik dari Nilai. Pagi-pagi lagi, Allah dah beri kami berdua ujian. And because of that, the original plan had changed from 8 to 10. Kelam kabut punya pasal Syakira tersalah beli tiket. We supposed to buy a ticket to Padang Jawa. Unfortunately, she bought Shah Alam one.

Waktu turun KTM Padang Jawa kitorang ni punyalah berdoa biar takde pegawai pemeriksa nak check tiket penumpang. And yezza! No one on the gate. Terselamat di situ...

We 'olls pun tak tau mana datang kekuatan dan kudrat kaki ni tapi kitorang menapak dari stesen KTM ke Alam Avenue, Section 16 then patah balik ke KTM semata-mata nak pergi Butik SincerelybyUs kat situ. Alahh..yang located next to Pizza Hut tu. Dengan panas teriknya, tepi jalannya, banyak kereta motor kitorang redah je lalu tepi jalan. Got no pedestrian precinct along the road. Tapi serius rasa puas. Acah acah backpackers style. Hasilnya, dua square shawls bought by Syakira dora the explorer. Cantik bak hang!

From Padang Jawa, we took a cab to Section 7 and stopped in front of Jakel. Nostalgia asasi kini kembali. Dekat setahun aku pernah jadi pemastautin kat sana. Yang manis banyak, tak kurang jugak pahitnya. But still, I couldn't even tell about how I felt that particular time. Maybe sebab aku dah pusing bangunan tu 3 kali dan masih lagi belum jumpa Butik Cala Qisya, kot. Siap call talian hayat lagi tanya adress and location. Mula-mula tu rasa macam nak fed up je. Tapi Syakira the Barbie persuaded me to keep searching. Waaa.. terharu giler! And guess what? Rupa-rupanya, Cala Qisya tu ada kat next bulding je. Dapat jugak sehelai Maggie shawl warna green army :)

Before we reached the mosque, we stopped by at Section 2. Eh, kalau dah sampai Shah Alam memang tak sah kalau tak makan Fradoo ABC kat sana. Dah lama jugak aku tak pekena Nasi Goreng USA kedai Rasa Sayang. Pehh..nikmat wa cakap lu! hahaha.. But if you guys notice, everytime makan kat situ pasti akan ada beggars yang akan hulur tisu. Kebetulan sebelum aku makan ada sorang ni buat macam tu tapi aku geleng-geleng. Aku cakap kat Syakira, spoil mood orang nak makan. Datang after habis makan takleh ke?

Tetiba betul-betul ada lagi yang datang right after kitorang habis makan. Apa lagi si Syakira tu pun sarcasm aku dengan ayat sentap, "Haa.. ni dah habis makan. Taknak kasi?". Pap! Jangan sentap je bro. Berubahnya tidak. Takkan singgit dua pun kau takde nak bagi dia. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Kalau dah pahala depan mata tapi kita memang taknak buat, seribu tahun peluang datang pun jadi sia-sia.

"Doakan saya ye makcik?" Aku sebak dalam hati.

Habis makan, lagi sekali kitorang ambik teksi nak ke destinasi utama. Lagi sikit je nak sampai. Tak sabar nak sampai sana. Nak jadi tetamu rumah Allah, walaupun bukan di tanah suci. Allah Maha Kaya. Semua di langit dan bumi milikNya. Tempat di mana semua hamba-hambaNya sujud mendambakan keampunan dan rahmat dariNya.

"Pakcik, kalau nak ke Masjid Negeri boleh?" soalku kepada salah seorang pak cik teksi.

"Kalau je? Taknak pergi betul-betul?".

Amboi pak cik, boleh tahan bergurau dia..hahaha.. Dengan lafaz bismillah, kami naik dan perlahan-lahan teksi yang kami naiki itu beredar dari Seksyen 2 menuju ke tempat yang suci lagi penuh rahmat.


To be continued...

3 comments:

  1. Dari KTM Padang Jawa , mcm mana nk cari sbu tu . Jauh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu awak jalan kaki mmg agak penat laa. Better awak ambik teksi terus :)

      Delete
    2. Klu awak jalan kaki mmg agak penat laa. Better awak ambik teksi terus :)

      Delete