Wednesday, 24 July 2013

Program Sekolah vs. Family Gathering

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al-Mubarak awak-awak semua!



      Sedar tak sedar hampir separuh bulan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga. Alhamdulillah, Allah izinkan kita semua bernafas hingga ke hari ini. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang tidak kesampaian menyambut Ramadhan kali ini. Takziah diucapkan buat teman-teman yang merasa kehilangan orang yang tersayang. Semoga kalian tabah.



      Minggu lepas, aku dilanda dilemma sama ada nak pergi sekolah ataupun stay kat rumah untuk family gathering. Masalahnya, dua-dua pun aku nak jumpa. Satu member lama zaman sekolah yang dah dekat 3 tahun tak jumpa. Satu lagi kakak yang duduk KL dan sememangnya susah yang teramat sangat nak jumpa. Dan waktu tu aku terdetik, "Dalam banyak-banyak minggu, kenapalah boleh terserentak dua benda penting tu?" Alahai~

      Finally, I made my final decision which is.. dua dua pun aku pergi! Hoyeahhh~ So aku contact member yang nak gerak pergi sekolah sama-sama. Alhamdulillah, dari Kluang aku naik bas saing Najwa. Unexpectedly, Piqa Najib pun ada sekali dalam tu. Dari terminal kitorang tumpang je kereta auntie Piqa. Thanks auntie =)

      Tak sangka pulak program tu sampai nak kena jadi fasi. Aku yang tak ready mentally ni pun main redah je. Program start malam tu. Nama program tu "Inspire Camp" yang dijalankan khas untuk pelajar Form 5 2013. MashaAllah, ni ikhlas aku puji. Program tu memang sangat best! Tak tahulah sebab aku fasi dan bukan peserta or camne. Tapi yang pasti kalau aku jadi student confirm aku terharu. Jarang kot ada senior nak buat program untuk junior, kecuali kalau dibayar. Jujur aku memang tak ambik port sangat pasal tentatif program. Perjalanan apa semua aku tak hirau pun. Tujuan utama aku memang nak jumpa member lama. Itu sahaja. #BigConfession

My Group


      Walaupun aku tak dapat nak join program tu sampai ke penghujungnya, aku terasa puas hati. Paling best kitorang chatting malam tu sampai pagi. Punya banyak cerita sampai tak larat nak susun ayat. Dan malam tu jugak aku dapat satu rahsia yang 3 tahun aku nantikan selama ni.. Lol! Nampak sangat gosip di bulan Ramadan.

      Sabtu petang aku dan Najwa gerak balik ke Kluang. Thanks Abby for the ride! Takyah kitorang ambik teksi sampai terminal. 5 tahun aku duduk Mersing, inilah first time aku ambik teksi Mersing-Kluang. Terlepas bas punya pasal. Takpelah, kira rezeki pakcik teksi tulah kott.. It's worth it untuk sampai awal.

      Sampai-sampai Kluang, kakak-kakak ku bawak pergi Pacific nak order Pizza. Italian sangattt.. *tangan ke bahu, mata ke atas* Dan sekali lagi aku bersyukur diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga. As said, it's worth it!


I guess it was my remarkable story for this Ramadan. I can ask no more than that. Thank you Allah..

Iskandar06/10

1 comment: