Tuesday, 4 June 2013

'Blogger'kah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua!

      Setelah berhempas pulas membanting tulang menyiapkan segala assignments dan presentations dan perkara yang sama waktu dengannya, dapatlah aku meluangkan waktu barang seminit dua mencoret di laman blog aku ini.

Eh, tunggu! Aku ada blog. Blogger ada blog. 'Blogger'kah aku?






      Well, aku sememangnya pernah bermimpi dan berangan-angan nak jadi blogger setanding dengan barisan blogger yang terkenal macam blog Maria Elena, The Other Khairul, Rusydee Art (Syabab Musafir Kasih) and to name it few.

No matter what type of blog janji aku layak digelak digelar blogger.



      Semenjak aku buka blogsite salmahsolehah.blogspot.com ni, aku ingat nak jadikan blog pasal agama-agama.

Sebab lepas habis zaman sekolah je member-member sekolah dok sibuk tukar-tukar link blog masing-masing.

Dan kebanyakan blog member aku sememangnya awesome dan menarik minat para pembaca. Dari situ, perbezaan aku dan mereka amatlah ketara.



      Ditambah lagi dengan faktor environment. Most of my friend's blog yang up-to-date diorang ni tak tinggal kat Malaysia macam aku.

Ada yang dah fly ke Jordan, Mesir, China, Korea, US dan banyak lagi dan aku sendiri jeles nak tulis.

Memang aku akui ilham tu Allah turunkan tak mengira tempat but hello! Siapa yang tak teruja kalau nak tulis entry tentang visit to Aya Sofya? Kalau aku, mau riuh sekampung.



      Kalau nak diikutkan banyak je idea yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Pernah aku ingat nak jadikan blog fotografi pun hado (serius tak tipu!).

Sebab dulu time aku Form 5 kat sekolah dalam kalangan member ada je yang panggil aku 'Pixelis'. Aku gila a.k.a. hantu kamera. Padahal gambar yang aku tangkap tu takde cantik mana.

Unfortunately, lama-kelamaan minat aku tu berkurang dan terus hilang.

So, sampai situ je angan-angan aku untuk buat blog fotografi *lap air mata*.




      Maka, aku sedar dengan kemampuan diri sendiri.

Frankly speaking, aku bukanlah seorang yang boleh tumpu satu perkara, rajin online or on laptop, banyak idea awesome or jenis yang suka impress orang lain.

Aku lebih senang jadikan blog aku ini as my hall of shame fame, story-mory tentang kehidupan sehari-hari atau lebih tepat tempat yang sesuai untuk aku menyanyah.

Those things are enough to define me..and I'm happy with it. 8-)


lalalalala~ (tengah happy)

No comments:

Post a Comment