Sunday, 28 April 2013

Red Velvet Cake (versi kampung)

Bismillahirrahmanirrahim...





Ahha! Tu diaa teaser RVC kita.. Ada siapa-siapa yang terliur tengok gambar ni? *bunyi cengkerik* Okay fine. Maybe design tak berapa nak attractive but rasanya not bad for an amateur like me..hewhewhew..





Alhamdulillah, setelah sekian lama dapat juga aku hasilkan RVC sendiri dengan kerjasama mak dan kakak aku. Not to forget anak-anak buah aku yang disayangi sekalian -__- thanks for helping Maksu kay? ^^"

Resepi memang mudah. Apa yang penting Internet and device which can display words so that korang boleh copy and paste je masuk dalam PC. Untuk kek yang aku buat ni aku ambil dari website myresipi.com . Cubalah!

Eh, belum lagi! Entry ni aku bukan nak re-upload resipi orang lain, tapi aku nak share experiences throughout the making of Salmah's Red Velvet Cake versi kampung...jeng jeng jenggg!

Barang kawalan di musim perayaan #erk?

Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar or maybe yang takde Tesco or Giant macam aku ni, aku gerenti korang semua akan dilanda keresahan mencari cream cheese, betul tak? So dengan melulu korang akan travel ke bandar semata-mata untuk benda alah ni.

Tapi aku nasihatkan korang semua jangan bertindak tanpa usul periksa. Cari dulu di mana-mana pasaraya berdekatan.

Be it small or infamous korang kena survey jugak kat situ dulu. Kalau betul-betul dah certain baru boleh carik tempat yang jauh-jauh tapi jangan carik sampai KL.

Actually aku just nak cerita jelah yang aku ni dah merayau jauh-jauh mencari si Philly tu but last-last jumpa kat supermarket belakang rumah aku. LOL!


Makhluk ini rare dan expensive >.<

So far aku takde masalah nak buat sendiri buttermilk. Lagipun boleh buat sendiri kan? Banyak options pulak tuh..huhu.. Hari tu aku buat guna fresh milk and cuka. Aku pun tak sure jadi ke tak coz aku memang tak pernah kenal apa itu buttermilk. Bagusnya saye.. :3



And then aku mengayak la pulak tepung dan gula. Disebabkan takde gula icing mak pun tolong blend kan gula pasir sampai halus. Toce ma~ :D

Pengayak zaman moden B-)
Bila nak bancuh pewarna aku amek la serbuk koko and inci warna merah. Pastu boleh pulak kena kutuk dengan kakak sebab guna serbuk pewarna zaman Jepun.. iyakah? -___- But that's okay. Still berjaya balance sukatan koko and pewarna. Kira hebat lerr kan? ahee~

Zaman Jepun..jyeahh~


Main pakai agak-agak je..

Kini tibalah masa main step dalam pembikinan kek. Adunan telur, butter, tepung, gula dan semua bahan-bahan yang ada! Dengan tak sabar-sabar aku pun on lah suis mesin pemutar kek tu. krik..krikk.. rosak? Tiiidaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!

Dan tidak semena-menanya aku kena gunakan segala kudrat yang ada untuk memutar adunan. Dah la guna tangan, tersilap masuk bahan pulak tu.

Biasanya telur, butter and gula dulu. Tup tup tertukar gula dengan tepung. Sampai ke sudah tak berbuih pukul kuat camne sekalipun T_T

Dapat pulak kakak and mak jenis yang sempoi. Ah lebih kurang jelah. Lambat laun masuk jugak semua bahan tu nanti. Kata kakak, "Kita yang buat dia, bukan dia buat kita." Nice. =]


Ini baru betul-betul handmade

Last step barulah aku buat cream cheese frosting for the cake's topping and layering sementara tunggu kek kena bakar dalam oven serba moden.

Sama juga nasib dia, aku terpaksa kacau dia manually. Maybe because of that dia punya texture cam tak smooth sangat la but it still jadi la. Nampak jugak laa rupa frosting dia, tak lari jauh sangat..haha..










1 comment: