Sunday, 24 February 2013

Pantang Jumpa

Assalamualaikum and greetings everyone! =)

      Nampaknya kebanyakan student di Malaysia dah kembali ke sarang menuntut ilmu masing-masing ye. Bagus-bagus.

      Dah seminggu berlalu dan pastinya masih banyak cerita di kampung halaman yang berbaki belum digosipkan sepenuhnya dengan rakan sebaya. Bagaimana kami tahu? Kami juga student seperti anda. (gaya iklan Esso-Mobil)

      Bila jumpa member memang tak perasan yang dunia ni berputar. Tau tau je dah malam.

      Tak cukup malam Isnin bila dah puas lepak kat Bilik TV sambil makan spaghetti, aku ajak (paksa) semua pergi Pasar Malam Selasa yang terletak di Bandar Semarak.


Monday, 11 February 2013

Cinta Monyet

Assalamualaikum semua (nada tak berdaya) ...

Entry kali ni memang nak layan perasaan dan ala-ala menggamit kenangan lebih kurang macam tulah.

Sebelum tu just nak make sure berapa ramai agaknya daripada kita pernah ada orang yang kita minat time kecik-kecik dulu-dulu?

Agak-agak orang yang kita minat tu tahu tak yang kita syok kat dia?

Dan apalah agaknya perasaan kalau rupa-rupanya kitalah sememangnya orang yang dia minat selama ni?

Paling terkejut bila tengah-tengah cuti semester dia hantar rombongan masuk meminang? Ada macam drama tak? LOL! If and only if the drama change into reality but unfortunately, it's not going to be happenned.


Sunday, 10 February 2013

Girls Out (Part II)

Salam everyone!

Okay this is a continuation post for Girls Out The Series (ceh..kemainnn..) haha.. Saja je tu nak gebang di pagi hari. Kalau post yang lepas dah cerita sampai mandi sungai kan? So for this time I'm about to finish the story of our journey.

Sebelum terlupa, nak kongsi cerita sikit alias nak beri nasihat pada anak dara macam saya especially. Bila nak cari port untuk korang mandi sungai, biarlah yang jauh dari orang ramai. Tak pun jangan dekat dengan tempat abang-abang gedang yang nak tunjuk hero.

Mana tak geram, tengah khusuk belajar berenang dengan Tuan Guru Saadah, tiba-tiba ada sekumpulan bros' suruh kitorang ke tepi macam tu je. Ape kes?!

Yelah, susah sebenarnya nak menjaga lebih-lebih lagi part aurat kat tempat public but that was not an excuse. Pakai tudung, lengan panjang, tak jarang tu semua kita tahu dan tak perlu lagi pengawas nak ingatkan macam kat sekolah dulu-dulu. #TerasaKe

What did I just said? Oh boy..shall we continue? *everyone's nodding their head* okay great. Around 4 p.m. we're heading to Kajang and we stopped at Masjid nearby to perform Asar prayer. And there you go! Having some snapshots...again.