Saturday, 2 June 2012

Madness May

Bismillahirrahmanirrahim..

      Sepanjang sebulan ni, sedar tak sedar banyak juga event atau peristiwa yang terjadi pada diri aku. Pahit manis masin kelat perisa oren kiwi anggur semua ada. Walaupun letih, aku bahagia. Puas dengan segala pengalaman yang dilalui. Sebab aku tahu, disebalik penat lelah yang aku lalui ada Yang Menilainya, Di belakangku, ada seorang ibu yang tak jemu-jemu memberikan sokongan. Dan yang paling best, aku mampu berdiri atas kaki sendiri sekarang..


1 Mei 2012 (Hari Pekerja)

OK semua dah sedia maklum tarikh ni memang heaven bagi semua warga pekerja. Boleh rilek2 dengan family. Tapi aku dengan bangganya mengumumkan bahawasanya aku tak cuti. Gaji triple maa..


5-7 Mei 2012 (Road To London)

Untunglaa boleh sampai London. Malangnya tiket bas aku hantar sampai Bandar Tasik Selatan je. Aku naik KL bukan saja-saja nak makan angin atau apa, tapi aku kena pergi interview di UKM macam kawan-kawan aku yang lain. Seronok jugak laa sebab dapat jumpa classmate. Kelakar pun ada jugak sebab temuduga berkumpulan kitorang, lima-lima orang semuanya budak satu kelas dengan aku dulu (group LWA02G) masa kat UiTM, Shah Alam.




Yang bestnya emak kesayangan aku pun ikut temankan aku datang KL tidur rumah Kak Ilah & Abang Arif. Aqil pun ada sekali (budak gokell cobitt pipi!!). Terharu.. T_T .. Petang tu kami jalan-jalan sekitar Putrajaya dan singgah di Alamanda. Tak tahulah kenapa si budak Aqil jerit-jerit excited tengah-tengah ramai. Nasib baiklah awak cute..hehe..



13 Mei 2012 (Peristiwa Berdarah)

Hah?! Betul ke?!! Taklah, Malaysia kan negara yang aman harmoni. Kecualilah kalau ada yang nak buat kacau. Bagi aku yang berdarah adalah hati aku. Nak tau sebab apa? Sebabnya aku ada datang satu sekolah private ni untuk apply kerja. Bukan jauh sangat, area rumah aku ni jugak. Janji bukak pukul 8.30, aku tunggu hampeh pukul 9.15 baru nak bukak ofis. Panas jugak laa dibuatnya sebab ada yang bikin panas. Aku tahu aku tak sebaik mana tapi at least hal kerja just be professional. Aku cukup pantang kalau orang pandai atau ada pangkat sikit sesuka hati nak kutuk or perli-perli orang. Aku hormat sebab semua yang ada kat situ kebanyakannya di kalangan ustaz ustazah. Semuanya baik, tapi yang slack nye sorang tu je. Sudahnya soalan-soalan dia aku buat endah tak endah je. Hilang rasa hormat aku pada orang macam tu. Biarlah dia, iman dan taqwa ni Allah je yang boleh ukur. Siapalah kita manusia biasa yang tak lepas dari dosa. Alhamdulillah, takdir menentukan tawaran aku ditolak. Sekurang-kurangnya aku terhindar dari dosa mengutuk dan mengumpat (based on true story).


24 Mei 2012 (Ofis Girl)

Eh, Salmah kerja pejabat ke skang? Bukanlah. Aku tolong kemas fail kedai je. Aku tengok resit-resit tu, ada yang April 2010 pun tak masuk fail lagi. Aduhh, parah nii.. Tapi enjoy jugak la buat ni. Terpusing-pusing badan nak asingkan satu-satu. Lepas dah siap nak kene susun ikut tarikh pulak, baru boleh masuk fail. Dengar cam bagus kan? Ehee~

Ada rasa nak muntah hijau bila tengok @_@

P/S: Sampai sekarang pun masih tak siap-siap lagi. Sibuk kat kedai sampai tak sempat nak naik >.<


27 Mei 2012 (Walimah Along)

Seperti biasa aku jadi camerawoman tak bertauliah. Terima kasih diucapkan kepada Abang Arif atas pinjaman DSLR Nikon anda..hehe.. Lihatlah hasilnya..cantik tak? *kening2*

Kakak Cinderella


Dah jadi isteri orang dah dia..hewhewhew..tahniah Long ^^









Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada sepupuku Farhana dan pasangannya, Halim. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amiinn..

28 Mei 2012 (Jatuh Sakit?!!)

Sedih sangat mak sakit. Selalunya bila aku nak ke tempat kerja mak yang uruskan makan minum bekal air motor kunci semualah. Tapi hari ni aku kena buat sendiri semuanya termasuk masak. Sekadar alas perut. Ingatkan nak masak megi je tapi cam tak best pulak. Belasah jelah buat nasi goreng. Sedap tak sedap aku yang makan. Apa lagi, bukak peti ais ambik cili, ikan bilis, bawang panaskan kuali campak semuanya, siap! Rasa sesudu..pehh, cayalah!! Kalah masterchef..hewhewhew.. Jeng jeng jeng!!!

Sedap sangat mak, tapi mak sakit tak dapat rasa T_T

*   *   *

        Nampaknya itu sahaja yang ingin dikongsi dalam entri kali ni. Next time kita cerita benda lain pulak. Kalau korang ada pengalaman yang nak dikongsi sepanjang bulan Mei lepas bolehlah add saya di Facebook dan kita story-story lah nanti kat situ ye? Tak pun bolehlah emel kan ke salmahsolehah@yahoo.com. See ya! Assalamualaikum.. z_z

1 comment: