Saturday, 2 June 2012

Madness May

Bismillahirrahmanirrahim..

      Sepanjang sebulan ni, sedar tak sedar banyak juga event atau peristiwa yang terjadi pada diri aku. Pahit manis masin kelat perisa oren kiwi anggur semua ada. Walaupun letih, aku bahagia. Puas dengan segala pengalaman yang dilalui. Sebab aku tahu, disebalik penat lelah yang aku lalui ada Yang Menilainya, Di belakangku, ada seorang ibu yang tak jemu-jemu memberikan sokongan. Dan yang paling best, aku mampu berdiri atas kaki sendiri sekarang..


1 Mei 2012 (Hari Pekerja)

OK semua dah sedia maklum tarikh ni memang heaven bagi semua warga pekerja. Boleh rilek2 dengan family. Tapi aku dengan bangganya mengumumkan bahawasanya aku tak cuti. Gaji triple maa..


5-7 Mei 2012 (Road To London)

Untunglaa boleh sampai London. Malangnya tiket bas aku hantar sampai Bandar Tasik Selatan je. Aku naik KL bukan saja-saja nak makan angin atau apa, tapi aku kena pergi interview di UKM macam kawan-kawan aku yang lain. Seronok jugak laa sebab dapat jumpa classmate. Kelakar pun ada jugak sebab temuduga berkumpulan kitorang, lima-lima orang semuanya budak satu kelas dengan aku dulu (group LWA02G) masa kat UiTM, Shah Alam.