Monday, 7 May 2012

Ros Hijau





Tamatlah sudah 22 episod dalam drama hebat Korea, ‘Green Rose’. Sinopsis adalah seperti berikut:

Lee Jung-hyun (diwatak oleh Go Su) telah dianiaya ketika di kemuncak hidupnya. Dia terpaksa menanggung tuduhan sebagai pembunuh dan melarikan diri ke China kerana diburu polis. Selepas satu jangka yang sukar, Jung-hyun telah dilupai orang ramai dan disangkakan telah mati. Akhirnya, dia kembali ke Korea selepas berjuang bermati-matian dan menempuhi pelbagai rintangan. Demi membalas dendam, Jung-hyun menjadikan identity dirinya daripada buruan kepada Duta Wakilan China, dan melaksanakan rancangan membalas dendam.

Lakonan hebat:
Go Su sebagai Lee Jung-hyun/Jang Joong-won
Lee Da-hae sebagai Oh Soo-ah
Lee Jong Hyuk sebagai Shin Hyun-tae
Kim Suh Hyun sebagai Cha Yoo-ran

“Wujudkah cinta sejati di sebalik nafsu yang mewah?”

*   *   *

      Drama ini berkisar tentang asam garam dalam dunia pekerjaan. Bila zaman student kita memang tak rasa lagi. Tapi once kita enter alam tu barulah kita rasa dan hadapi sendiri bermacam-macam ragam manusia. Drama kali ni bukanlah tipikal love story bagi aku. Babak antara hero dan heroin memang tak banayak. Yang pasti heronya memang cinta mati dengan heroin. Buktinya, si hero boleh survive dengan jadikan si heroin kekuatan untuknya teruskan hidup yang sukar tahap karma. Selain itu, yang paling tacing dalam drama ini bila part mak hero mati bunuh diri (okay yang ni sedih, korang tengoklah sendiri..T_T). Dan lagi satu tolong jangan salah faham pasal hero nak balas dendam. Tak bermakna dia jahat, dia cuma nak buktikan pada dunia bahawa dia tak bersalah.

      Sebab lain yang buat aku suka drama ni adalah heronya sendiri. Banyak scene dalam drama yang tunjuk action yang cool-cool mahupun macho-macho. Lakonan hebat Go Su memang menjadi lebih-lebih lagi bila dia jarang bercakap. Kalau nak describe dia ni jenis yang ‘action louder than word’. Tak boleh tahan bila tengok dia nangis. Confirm cair awek-awek yang tengok!

      Lagu cerita ni tak banyak, just aku tertarik pada opening nya. Walaupun singkat tapi bila dengar feeling habis. Untuk peguam atau bakal-bakal peguam di luar sana, mesej yang aku dapat daripada cerita ni, jauhkanlah rasuah. Biarlah orang nak label apapun pada kerjaya kita, yang penting kita jujur dan cukup Allah tahu kita orang-orang yang benar.

      Bagi sesiapa yang sudah menonton, korang memang tak rugi. Bagi yang belum tengok, siap cepat-cepat keluar sekarang belilah DVDnya atau pinjam aje dari sesiapa yang ada. Make sure korang tengok ikut susunan yang betul. Jangan jadi macam kakak aku, habis CD 1 khusyuk sangat sampai tak perasan yang dia terus tengok CD 22 (episod last). Terus hilang mood nak tengok. Tak ke rugi? Hewhewhew..

1 comment:

  1. ni rupanya kerja hang noh sepanjang cuti ni ha. hahahaha
    aku pn dh tgk :P weeekk

    ReplyDelete