Monday, 9 April 2012

Tibalah Masanya (dup! dap! dup! dap!)

      Perkara biasa yang di buat oleh pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrik or Asasi adalah bekerja, menjadi penganggur terhormat, ambik kelas tambahan, PLKN atau ambik lesen. Semua perkara yang disebutkan itu adalah yang aku buat (based on my own experience). Bagi yang akan menghadapi test JPJ pada minggu ini atau dalam masa yang terdekat, saya nak wish u'ols success. Janganlah takut sangat dengan encik atau kakak JPJ tu, diorang tuh makan nasi bukan makan orang. Paling demand pun diorang tu makan chicken chop je hari-hari. Itu pasal kadang-kadang korang agak susah nak tukar gear bila atas jalan raya..hewhewhew..

      Di sini saya nak kongsikan beberapa tips sebelum anda menghadapi test tersebut. Sukahati korang laa nak ikut atau tak. Tapi aku sebagai calon re-test ni ada la pengalaman sedikit sebanyak walaupun tak banyak. #eh

      Yang pertama sebelum keluar rumah tu salam mak ayah mintak restu diorang. Biasalah, kalau korang nak periksa ap sekalipun restu mak ayah tu paling penting.

      Kedua, sepanjang jalan korang jangan berangan je atau sibuk nak mesej boifren or girlfren. Banyak-banyakkanlah baca doa dan selawat. Mohon dipermudahkan segala urusan. Kalau sempat lagi bagus buat solat Dhuha terlebih dulu (khusus bagi kaum Muslimin). Bukan apa, time tunggu giliran korang akan merasai perasaan berdebar yang luar biasa giler! Tak tahu laa kalau aku sorang je yang rasa. Tapi bila dah baca doa dan selawat banyak-banyak, perasaan akan kembali reda.

      Sambil-sambil menunggu, kalau korang ada bawak sebarang nota bacalah sekali lalu. Jangan time tu jugak baru korang nak hafal. Kalau tak, tak dapek den nak nolong. Tak salah sekadar nak recall, sebab nanti bila dah masuk kereta memang kalau nota kat depan mata pun tiba-tiba kereta boleh langgar tiang (Ya Allah mintak jauh). Yakin semua dah ada dalam kepala.

      Last but not least, bila dah tiba giliran anda please don't panic. Just do your best. Buat macam biasa dan yang paling penting sentiasa beringat tugas anda sebagai seorang pemandu berhemah. Tujuan anda dapat lesen bukan sekadar nak cepat-cepat buat drift macam dalam cerita Impak Maksima, tapi adalah untuk tujuan-tujuan kebaikan. Contohnya, macam aku bawak mak jalan-jalan guna kereta Atos kakak aku. Tak laa susahkan abang ipar nak kena hantarkan.Ahakz!

Wish all of you success readers! InsyaAllah.. =)

*   *   *

Buat yang mendoakan dan memberi sokongan moral, ribuan teima kasih ye semua. Alhamdulillah, lulus! peace~ ^^