Wednesday, 11 January 2012

Legend That's Going To Be True (Part 3)

by Suhaili Saim on Sunday, May 8, 2011 at 7:04pm
Di dalam bilik guru sebuah sekolah berasrama penuh di Mersing, seseorang masih lagi mencuri dengar perbualan teachernya…

THERE IS CIRCLE IN CIRCLE....tapi sebenarnya aku bukanlah nak dengar sangat saki baki perbualan teacher  Camilla sebab dalam kepalaku sedang terbayang lambang masonic circle yang pernah dicipta Sir Isaac Newton dulu. Lambang itu bukan sekadar trademark biasa tapi ada makna tersirat di sebaliknya. ‘THERE IS CIRCLE IN CIRCLE’ bermaksud members in 33rd degree ialah orang-orang yang istimewa tetapi dalam kalangan orang-orang yang istimewa itu ada lagi yang lebih specific who hold the greatest secret of all time. Boleh diibaratkan dalam satu bulatan yang besar which is all members of 33rd degree, have smaller circle dalamnya iaitu segelintir ahli 33rd degree yang menyimpan rahsia suci FREEMASON ini. Dalam tempoh lebih kurang 500 tahun sejak FREEMASON wujud atau nama lamanya THE KNIGHTS TEMPLAR, hanya beberapa orang sahaja yang layak menjadi penyimpan rahsia terhebat ni.  Rahsia ini diserahkan kepada noble family dan akan diturunkan kepada waris-warisnya. Sampai sekarang, identiti noble families sebagai penyimpan rahsia suci masih menjadi rahsia kepada kebanyakan masyarakat dunia diselindungi dengan kemewahan, kemasyhuran, kekuasaan yang mereka miliki. Windsor, Solomon, Medisi, Newton ialah antara noble families  yang terpilih.

Aku mengerti maksud circle yang teacher  sebut, bila difikir-fikirkan memang masuk akal kerana nama keluarga dia ialah Windsor…

‘Ish, takkanlah dia daripada family of  Windsor yang kaya raya tu?’ aq bermonolog sendiri.
‘Takkanlah dia jadi teacher pula. Family dia ada asset real estate berbillion-billion tu, apa kes dia nak susahkan diri pergi jadi cikgu? Duduk rumah saja lah, duit masuk juga,’ sambungku lagi.
‘Ahhh! Tak mungkinlah dia ini Windsor yang kaya gila tu. Dia cakap pasal circle lain tu...’ kataku untuk menyenangkan hati. Walaupun sebenarnya aku memang tak puas hati.

Tiba-tiba Cikgu Azemi memanggil namaku, Teacher  Camilla yang perasan kehadiranku juga berpaling kepadaku sambil tersenyum. Perbualannya telefonnya terhenti.

“Anything I can help?” sapa teacher sambil terus tersenyum.
“Err..nope teacher, nothing. I shall leave now.” balasku juga sambil memberi senyuman padanya.

Selepas aku menghantar PEKA KIMIA, aku berjalan seperti biasa keluar dari bilik guru. Sebenarnya, hatiku masih kurang sedap lagi tentang peristiwa tadi, tapi tak kisahlah. Aku pun sudah hampir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jangan nak banyak berangan. Tak mungkinlah english teacher  masuk 33rd degree?? Nonsense okay!

Petang itu, aku sangat gembira kerana my best friend and also my dorm mate aku yang medical checkup (MC) seminggu disebabkan chicken pox atau cacar air (aku suka sebut cacar air) sudah balik!
Dua sebab kenapa aku sangat gembira:
1.    Aku rindu dia dan nak pastikan sama ada dia betul-betul sudah sembuh.
2.    Dia bawa sesuatu yang aku memang curious sangat nak lihat


Selepas bertanya khabar dan berbual-bual kosong serta buat lawak yang tiada makna, kawan baikku menyerahkan beberapa helai kertas F4 kepadaku.

“Nah, ni ha benda yang kau nak sangat tu. Payah juga nak cari, lama juga aku terpaksa ushar lappy aku tu pasal nak cari benda-benda ni. Nasib baik kau best friend aku, kalau tak jangan harap aku nak tolong..haha..”' kata Zaqyah Razak@ zaq, best friend aku.

“Thanks ok. Thanks very much. Sorry la susahkan kau, tapi dah kau ni satu-satunya genius ICT kat sekola ni, tambah pula kau ni best fren aku. Siapa lagi aku nak minta tolong kalau bukan kau…but really friend, I owe you one,” balasku sambil tersenyum.
“Hehe..no biggie lah...sekarang ni boleh kau cerita pada aku tak apa benda alah ni?” tanya Zaq.

Aku melihat helaian-helaian kertas yang Zaq bagi pada aku. Ini semua adalah  beberapa maklumat penting mengenai FREEMASON yang tidak dijumpai di webpage biasa dalam intenet. Antaranya, lokasi Temple of Mason yang biasa menjadi tempat perjumpaan ahli 33rd degree dan juga tempat ritual mentauliahkan ahli 33rd degree yang baru, lukisan-lukisan yang membawa makna rahsia FREEMASON, senarai nama ahli-ahli FREEMASON, symbol-simbol FREMASON dan satu helaian kertas yang tertulis bahasa dan simbol yang aku langsung tak faham. Nampak macam tulisan hieroglif pun ada. Hmm..entahlah. yang penting tak faham langsung.

Masonic Temple
Sources from hiramtdeweylodge.com


“Ni semua maklumat pasal FREEMASON, maklumat yang rare pasal FREEMASON ,” kataku.
“Weh, bukan FREEMASON ni legend je ke? Tak wujud pun kan? Entah-entah tu semua fake je.” balas Zaq.
“Entahlah…masih mencari kepastian...,” balasku.
“Macam poyo je ayat kau tu..haha.. Jangan taksub sampai tak ingat benda lain pulak,” kata Zaq smbil tergelak kecil.
“Ok aku tau. Aku cuma curious je. Kau janganlah risau beb,” kataku sambil memandangnya dengan wajah yang meyakinkan. Zaq memang tak ambil port sangat tentang FREEMASON kerana dia jenis yang tidak akan percaya selagi tiada bukti depan mata. Biarlah, yang penting dia sanggup nak tolong aku.

“Ahahaha…” aku gelakkan Zaq.
“Dah kenapa kau ni? Tiba-tiba gelak tengok aku, biar betul kau ni?” tanya Zaq.
“Muka kau bintik-bintik, macam HIV jek..huhu..” jawabku.
“Kurang asam kau, ni bekas cacar air la, takkan tak tau? Emm..nak gelak, gelak la. InsyaAllah dah banyak dosa aku terhapus sepanjang aku sakit ni. Perit tau tak?!” balasnya.
“Okay, janganlah marah. Aku gurau-gurau je. Emm..betul tu. Sakit itu penghapus dosa, bersabarlah ya,” jawabku sambil tersengih.

Keesokkan paginya, Zaq dan aku pergi blok sekolah bersama-sama selepas 2 minggu aku pergi sekolah berseorangan. Dalam beg aku bukannya ada buku pun, semuanya sudah berada di dalam kelas. Aku hanya bawa kertas-kertas FREEMASON yang Zaq beri kepadaku semalam. Smart kan? Pergi sekolah bawa benda lagha ini, buku pelajaran langsung tiada. They are some researches yang aku perlu buat di perpustakaan. Not some, many researches. Pagi itu kelas pertama adalah kelas Bahasa Inggeris, Teacher Camillia is in.

“May I know who was absent two days ago? I realised, someone was absent and I would like to know who is she?” tanya Teacher Camilla.

“IT’S ME TEACHER, MY NAME IS ZAQYAH BINTI RAZAQ,” jawab Zaq.
“Yes, of course it was you. Finally I’ve found you,” balas teacher lagi.

Pandangan dia pada Zaq pelik sangat. Macam beria-ia betul hendak berjumpa dengan Zaq. Tapi kenapa? Dia bukan kenal Zaq pun, bisikku dalam hati. Aku perasan cincin FREEMASON di tangannya sudah tidak kelihatan lagi.
‘Hah? Kenapa sudah tiada? Mengapa dia sudah tidak memakainya lagi?’ bisikku lagi.

Paling tidak boleh kulupakan, sebaris ayatnya yang berbunyi, “…finally I’ve found you.”
Jejak kasih ke apa? Mereka seperti sudah lama terpisah atau dia memang sudah lama mencari best friend aku yang seorang ini.

Sebelum dia keluar daripada kelas for recess time, dia sempat menarik tanganku sambil berbisik, “I wanna meet you rite after this. Don't tell anyone okay, even Zaqyah,” katanya. Walaupun dia agak menakutkan sedikit, namun aku tetap pergi berjumpa dengannya di gelanggang squash. Pelikkan?

“I read your essay, it's very good Suhaili..excellent!” katanya sambil tersenyum.
Biar betul? Aku main hentam sahaja dan tak sampai dua muka surat pun aku karang. Mustahillah boleh sampai tahap cemerlang.

“How about a treat? I mean let's hang out together as a reward for you, I’ll buy you anything you want just escort me do some tour in this town,” katanya lagi.

Ish, ini sudah mencapai tahap pelik dah ni. tapi kalau tolak macam rugi. “…I’ll buy u anything you want…” Jarang ada orang cakap begitu padaku. Ops, bukan jarang tapi langsung tidak pernah. Memang aneh, patutkah dia ajak aku pergi menemaninya berjalan-jalan sekitar Bandar Mersing?

“Well I think I’ve no problem with that teacher. But I guess actually my essay isn't that good for this reward teacher, I don't deserve this. I'm sorry ‘cause I can't accept this,” balasku.
“I say you deserve this and I’m the one who assess it not others and not you. So how?” soalnya.
“As you wish, if you say so. When?” balasku.
“I'll wait for you this evening,” balasnya sambil tersenyum.

Lalu aku meminta diri hendak masuk ke dalam kelas. Selepas aku berjalan beberapa langkah, dia memanggil namaku dan berkata sesuatu yang sangat mengejutkan aku.

“You must be wondering where my ring is, rite Suhaili? You seem really attracted to it, and also my conversation yesterday,” dia tersenyum sinis.

It’s ok, I’ll c u this evening okay,” sambungnya lagi.

Aku sudah mula panik dan barul aku tersedar betapa ‘bijaknya’ aku menerima pelawaan daripadanya untuk keluar. Aku fikir dia tidak perasan sewaktu aku sedang memerhati cincinnya hari itu. Entah-entah dia fikir aku mahu meragutnya atau mungkin merompaknya. Memang betul! Kalaulah perkara tentang cincin FREEMASON ini diketahui umum dan ternyata cincin tersebut adalah yang asli, pasti ramai yang berebut untuk mendapatkannya kerana nilainya mencecah jutaan. Semenjak beratus tahun yang lalu, ahli 33rd degree hanya akan memakai cincin emas yang solid sahaja. Ukiran burung berkepala dua itu pula adalah buatan tangan manakala nombor 33 di dada burung tersebut pula adalah diperbuat daripada rare metal, batu nilam yang dicairkan dan diwarnakan emas. Maka tidak hairanlah jika harga cincin tersebut mencecah 10 juta. Tapi demi Allah, tidak terdetik sedikit pun dalam hatiku untuk mencuri cincin itu. Apa yang pasti, aku hanya ingin mendapatkan kepastian tentang asal usul cincin miliknya itu.

“I've found her Kenneth, don't worry it won't be long,” Teacher  Camilla terus menelefon seseorang sejurus selepas aku menghilang daripada pandangannya.

“No! Okay, it must be done well, no deform, no one should know she was killed. It must be like an accident and for it to be done that way, I must be very very careful Kenneth. I know what am I doing…and Kenneth, I really hate to do this, she seems like a good girl and she's just 17. I swear I won't do this anymore, I swear!”



To be continued…

3 comments:

  1. salam salmah ^^ wah, really miss all of u! nice story :) ni cerpen karya salmah ka? apapn, thumbs up to u. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh,bukanlah Ya.ni edited version je.karya asal Suhaili@lili :D

      Delete