Wednesday, 11 January 2012

Legend That's Going To Be True (Part 3)

by Suhaili Saim on Sunday, May 8, 2011 at 7:04pm
Di dalam bilik guru sebuah sekolah berasrama penuh di Mersing, seseorang masih lagi mencuri dengar perbualan teachernya…

THERE IS CIRCLE IN CIRCLE....tapi sebenarnya aku bukanlah nak dengar sangat saki baki perbualan teacher  Camilla sebab dalam kepalaku sedang terbayang lambang masonic circle yang pernah dicipta Sir Isaac Newton dulu. Lambang itu bukan sekadar trademark biasa tapi ada makna tersirat di sebaliknya. ‘THERE IS CIRCLE IN CIRCLE’ bermaksud members in 33rd degree ialah orang-orang yang istimewa tetapi dalam kalangan orang-orang yang istimewa itu ada lagi yang lebih specific who hold the greatest secret of all time. Boleh diibaratkan dalam satu bulatan yang besar which is all members of 33rd degree, have smaller circle dalamnya iaitu segelintir ahli 33rd degree yang menyimpan rahsia suci FREEMASON ini. Dalam tempoh lebih kurang 500 tahun sejak FREEMASON wujud atau nama lamanya THE KNIGHTS TEMPLAR, hanya beberapa orang sahaja yang layak menjadi penyimpan rahsia terhebat ni.  Rahsia ini diserahkan kepada noble family dan akan diturunkan kepada waris-warisnya. Sampai sekarang, identiti noble families sebagai penyimpan rahsia suci masih menjadi rahsia kepada kebanyakan masyarakat dunia diselindungi dengan kemewahan, kemasyhuran, kekuasaan yang mereka miliki. Windsor, Solomon, Medisi, Newton ialah antara noble families  yang terpilih.

Aku mengerti maksud circle yang teacher  sebut, bila difikir-fikirkan memang masuk akal kerana nama keluarga dia ialah Windsor…

‘Ish, takkanlah dia daripada family of  Windsor yang kaya raya tu?’ aq bermonolog sendiri.
‘Takkanlah dia jadi teacher pula. Family dia ada asset real estate berbillion-billion tu, apa kes dia nak susahkan diri pergi jadi cikgu? Duduk rumah saja lah, duit masuk juga,’ sambungku lagi.
‘Ahhh! Tak mungkinlah dia ini Windsor yang kaya gila tu. Dia cakap pasal circle lain tu...’ kataku untuk menyenangkan hati. Walaupun sebenarnya aku memang tak puas hati.

Tiba-tiba Cikgu Azemi memanggil namaku, Teacher  Camilla yang perasan kehadiranku juga berpaling kepadaku sambil tersenyum. Perbualannya telefonnya terhenti.

“Anything I can help?” sapa teacher sambil terus tersenyum.
“Err..nope teacher, nothing. I shall leave now.” balasku juga sambil memberi senyuman padanya.

Selepas aku menghantar PEKA KIMIA, aku berjalan seperti biasa keluar dari bilik guru. Sebenarnya, hatiku masih kurang sedap lagi tentang peristiwa tadi, tapi tak kisahlah. Aku pun sudah hampir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jangan nak banyak berangan. Tak mungkinlah english teacher  masuk 33rd degree?? Nonsense okay!

Petang itu, aku sangat gembira kerana my best friend and also my dorm mate aku yang medical checkup (MC) seminggu disebabkan chicken pox atau cacar air (aku suka sebut cacar air) sudah balik!
Dua sebab kenapa aku sangat gembira:
1.    Aku rindu dia dan nak pastikan sama ada dia betul-betul sudah sembuh.
2.    Dia bawa sesuatu yang aku memang curious sangat nak lihat


Selepas bertanya khabar dan berbual-bual kosong serta buat lawak yang tiada makna, kawan baikku menyerahkan beberapa helai kertas F4 kepadaku.

“Nah, ni ha benda yang kau nak sangat tu. Payah juga nak cari, lama juga aku terpaksa ushar lappy aku tu pasal nak cari benda-benda ni. Nasib baik kau best friend aku, kalau tak jangan harap aku nak tolong..haha..”' kata Zaqyah Razak@ zaq, best friend aku.

“Thanks ok. Thanks very much. Sorry la susahkan kau, tapi dah kau ni satu-satunya genius ICT kat sekola ni, tambah pula kau ni best fren aku. Siapa lagi aku nak minta tolong kalau bukan kau…but really friend, I owe you one,” balasku sambil tersenyum.
“Hehe..no biggie lah...sekarang ni boleh kau cerita pada aku tak apa benda alah ni?” tanya Zaq.

Aku melihat helaian-helaian kertas yang Zaq bagi pada aku. Ini semua adalah  beberapa maklumat penting mengenai FREEMASON yang tidak dijumpai di webpage biasa dalam intenet. Antaranya, lokasi Temple of Mason yang biasa menjadi tempat perjumpaan ahli 33rd degree dan juga tempat ritual mentauliahkan ahli 33rd degree yang baru, lukisan-lukisan yang membawa makna rahsia FREEMASON, senarai nama ahli-ahli FREEMASON, symbol-simbol FREMASON dan satu helaian kertas yang tertulis bahasa dan simbol yang aku langsung tak faham. Nampak macam tulisan hieroglif pun ada. Hmm..entahlah. yang penting tak faham langsung.

Masonic Temple
Sources from hiramtdeweylodge.com


“Ni semua maklumat pasal FREEMASON, maklumat yang rare pasal FREEMASON ,” kataku.
“Weh, bukan FREEMASON ni legend je ke? Tak wujud pun kan? Entah-entah tu semua fake je.” balas Zaq.
“Entahlah…masih mencari kepastian...,” balasku.
“Macam poyo je ayat kau tu..haha.. Jangan taksub sampai tak ingat benda lain pulak,” kata Zaq smbil tergelak kecil.
“Ok aku tau. Aku cuma curious je. Kau janganlah risau beb,” kataku sambil memandangnya dengan wajah yang meyakinkan. Zaq memang tak ambil port sangat tentang FREEMASON kerana dia jenis yang tidak akan percaya selagi tiada bukti depan mata. Biarlah, yang penting dia sanggup nak tolong aku.