Friday, 18 November 2011

Legend That's Going To Be True (Part 1)

by Suhaili Saim on Tuesday, May 3, 2011 at 8:38pm


“This will remain as a legend”, ayat terakhir ku dengar sebelum serpihan kaca pecah menusuk leherku tepat mengenai saluran pernafasan yang kemudiannya pecah dan menjadi punca kematianku. Aku tidak menyesal kerana rahsia gerakan korup terbesar dan paling misteri misteri terbongkar sebelum aku menemui ajalku.

Petang itu, selepas menunaikan solat Asar berjemaah dan bacaan Ma'thurat, satu pengumuman dibuat di surau. Malam itu, ceramah dan tayangan mengenai FREEMASON akan diadakan. Emmm...FREEMASON bukan lagi asing bagi kami pelajar tingkatan 5 yang mana sudah lama menjadi tajuk perbualan kami. Bezanya, slot malam itu diadakan khas untuk para pelajar menengah rendah (majoriti kurang pengetahuan mengenainya). Malam itu, slot dijalankan seperti yang dirancang. Video bersiri ‘THE ARRIVAL’ yang sudah lama aku khatamkan mula ditayangkan. Ada yang terpegun, tidak kurang juga ada yang terkejut semasa menonton video tersebut. Mana tidaknya, cerita mengenai FREEMASON, DAJJAL LAKNATULLAH dan IMAM MAHDI mestilah menarik. Terlalu banyak cerita dan cereka berkisarkan FREEMASON yang berkait rapat dengan ILLUMINATI ini dibuat. Namun aku sendiri pun tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Oleh yang demikian, aku tidak boleh mempercayainya 100%. Selalu juga aku terfikir, alangkah bagusnya jikalau betul adanya bukti kukuh mengenai perkara ini di hadapan mataku sendiri. Sekiranya FREEMASON memang wujud, seharusnya umat Islam bangkit dan sedar akan kewujudannya yang akan mengancam seluruh umat Islam yang masih ada. Setahu aku, ramai lagi umat Islam di luar sana yang hidup seperti orang buta. Tidak tahu menahu pun tentang perkara-perkara sebegini. Living in this world without knowing what is happening around is just like wandering in library without reading any of books in there. Walaupun begitu, hal sebegini bukanlah salah mereka secara keseluruhan. Secara realitinya, tiada pendedahan kepada masyarakat malahan aku juga mengetahuinya melalui pembacaan yang tidak disengajakan. Sekarang memang sudah ramai yang sedar. Siapa yang tidak tahu, bekas presiden Amerika Syarikat (US), Abraham Lincoln, George Washington were masons? Sir Isaac Newton, Galilleo Galilei were masons? Mengapa Isaac sangat sukakan nombor 33 terutamanya dalam kajiannya mengenai temperature dan newton scale? Benarkah Galilleo dibunuh disebabkan beliau mengeluarkan teori sun is the centre of universe not the earth? Benarkah cerita-cerita ini? Ada kisah disebaliknya…

Pagi itu agak havoc sedikit kerana ada tetamu dari luar negara ke sekolah kami…hah, biar betul?! Sejak bila sekolah aku dah jadi famous? Dalam perhimpunan pagi itu, pengetua memperkenalkan guru Inggeris baru yang diimport dari US katanya. Oh, setahu aku kerajaan mengimport guru dari luar negara untuk menaikkan taraf pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI). Tak sangka pula secepat ini. Bukan apa, sekolah ini sudah sedia maklum dengan kecerukannya. Apapun tak kisahlah, asalkan untuk kebaikan apa salahnya. CAMILLA WINDSOR namanya dan dia secara tak langsung akan mula mengajar kelasku pagi ini juga selepas perhimpunan..huhu excited =D

Sejurus dia masuk ke dalam kelas kami, kesemua mata tertumpu ke arahnya dengan satu perasaan yang sama. Teruja! Mana tidaknya, pertama kali dapat guru mat salleh..cantik pula tu..seluar slack dan blaus hitam menyerlahkan keanggunannya. Senyuman manisnya, siapa sangka siapa sebenarnya dia…yes, maybe for boys she is smoking hot. Blue eyes, straight blond hair, berry red lips and slender torso, what men would turn eyes away from her? Namun bagi aku, bukan style, bukan fashion, bukan appearance dia yang menarik perhatianku, tapi jari manis tangan kirinya. Lama ku tenung  tangannya cuba mencari kepastian dalam renunganku.

‘BETULKAH APA YANG AKU LIHAT INI?! TAK, TAK MUNGKIN! IT'S JUST A LEGEND!

Cincin emas dengan burung berkepala dua dan bernombor 33 di tengah-tengahnya...33rd degree...the highest rank in masonry...there are 31st, 32nd and the highest who hold the most sacred secret in freemason, 33rd degree. Tetapi seperti yang aku fikirkan selama ini, it's just a legend. Mustahillah ianya suatu perkara yang nyata, namun begitu ianya masih masuk dek akal. Pakaiannya hitam putih dan cincin itu! Aku terkedu dan tatkala dia mengucapkan 'good morning', aku perasan pandangan sekilasnya padaku. Dengan segera aku mengalihkan renunganku daripada cincin emasnya. Sepanjang kelas BI pagi itu, tiada apa-apa yang pelik pada dirinya. Dia sama seperti cikgu lain, peramah, pandai menarik perhatian pelajar dan senuanya yang biasa bagi seorang guru. Ya kecuali bahasa Inggerisnya memang laju macam air, nama pun orang putih. Walau bagaimanapun, sememangnya aku tidak dapat membuang perasaan ingin tahu terhadap cincin yang dipakainya itu. Tak mungkinlah sekadar barang perhiasan sahaja. Mengarutlah cincin FREEMASON dipakai sekadar hiasan diri. Huh, persoalan itu tidak akan terjawab dalam masa sesingkat ini. Tak mungkinlah aku tanya dia terus. Setahu aku cuma orang-orang yang ternama sahaja yang terangkum dalam 33rd degree contohnya Isaac Newton, Abraham Lincoln, Theodore Rosevelt, Joseph Stalin dan Walt Disney tapi dia? Guru BI pun boleh jadi ahli 33rd degree kah?!

Selepas rehat, fokus aku pada cincin itu sudah makin hilang sebab tadi kami belajar Fizik yang memeningkan kepala otak. Tambahan lagi, selepas ini kami akan ke Makmal Biologi di tingkat bawah. Kerja rumah semalam belum siap lagi, agaknya cikgu nak semak tak? Aku memang sudah hampir melupakan tentang cincin itu apabila melangkah masuk ke dalam bilik guru dan melangkah perlahan menuju ke meja guru mata pelajaran Kimia untuk menghantar PEKA KIMIA tapi langkahku terhenti tatkala aku terdengar perbualan teacher Camilla yang sedang berdiri agak jauh daripada meja guru-guru lain melalui telefon bimbit. Perbualan itu kedengaran seperti perbualan biasa namun terdapat satu ayat yang amat tertangkap dipendengaranku iaitu, “…THERE IS CIRCLE IN CIRCLE...” Ayat lain yang dia sebut tidak begitu penting tapi ayat itu tersangatlah penting.

Lambang FREEMASON iaitu burung berkepala dua
Sumber daripada feedmap.net




To be continued...

No comments:

Post a Comment