Thursday, 24 November 2011

Legend That's Going To Be True (Part 2)

by Suhaili Saim on Wednesday, May 4, 2011 at 11:58am


Aku masih lagi tersentak dengan kenyataan yang aku dengar daripada perbualan teacher Camilla...'THERE IS CIRCLE IN CIRCLE '.
Sumber: Provincial Grand Lodge Of Norfolk

Sepantas kilat satu imej yang biasa dikaitkan dengan FREEMASON menerjah lubuk fikiranku. Ini bukan sekadar simbol biasa. Aku cukup tahu makna tersirat disebaliknya.

Sementara itu, jauh di seberang lautan Pasifik, Capital of USA, Washington D.C memang sibuk seperti hari-hari biasa. Beratus-ratus pengunjung mengambil peluang berdiri di luar pagar THE WHITE HOUSE yang amat terkenal sambil mengambil gambar bangunan putih itu. Tidak jauh dari White House terdapat satu lagi binaan yang amat terkenal di seluruh dunia. Jika di Tanah Haram, binaan berbentuk sebegitu dijadikan tiang untuk melontar pada hari-hari Tashriq sebagai simbolik kisah Nabi Ibrahim A.S. menghalau syaitan yang cuba mengganggunya. Tetapi di sesetengah tempat, binaan ini amat diagung-agungkan. Sebagai contoh di US, monumen ini menjadi salah satu mercu tanda D.C. dan juga di Dataran St.Peter, binaan ini juga menjadi mercu tanda Vatican City, pusat agama Kristian. Paris, Rome, Buenos Aires juga memiliki The Obelisk ini. Binaan ini digelar THE OBELISK atau TEJEN in sacred language of egyptians yang telah pun wujud sejak zaman Firaun lagi menyebabkan benda ini dianggap ada kait rapat dengan kepercayaan karut masyarakat mesir purba. The Obelisk in US or Washington Monument yang terletak di West end of the National Mall sangat istimewa kerana The Obelisk ini is the tallest obelisk and the tallest stone structure in the world. The Obelisk ini dibina sebagai tanda peringatan kepada bekas presiden US, George Washington yang pernah dikaitkan dgn skandal sebagai salah seorang ahli 33rd degree. Sejauh mana betulnya skandal ni? Wallahu’alam.

Friday, 18 November 2011

Legend That's Going To Be True (Part 1)

by Suhaili Saim on Tuesday, May 3, 2011 at 8:38pm


“This will remain as a legend”, ayat terakhir ku dengar sebelum serpihan kaca pecah menusuk leherku tepat mengenai saluran pernafasan yang kemudiannya pecah dan menjadi punca kematianku. Aku tidak menyesal kerana rahsia gerakan korup terbesar dan paling misteri misteri terbongkar sebelum aku menemui ajalku.

Petang itu, selepas menunaikan solat Asar berjemaah dan bacaan Ma'thurat, satu pengumuman dibuat di surau. Malam itu, ceramah dan tayangan mengenai FREEMASON akan diadakan. Emmm...FREEMASON bukan lagi asing bagi kami pelajar tingkatan 5 yang mana sudah lama menjadi tajuk perbualan kami. Bezanya, slot malam itu diadakan khas untuk para pelajar menengah rendah (majoriti kurang pengetahuan mengenainya). Malam itu, slot dijalankan seperti yang dirancang. Video bersiri ‘THE ARRIVAL’ yang sudah lama aku khatamkan mula ditayangkan. Ada yang terpegun, tidak kurang juga ada yang terkejut semasa menonton video tersebut. Mana tidaknya, cerita mengenai FREEMASON, DAJJAL LAKNATULLAH dan IMAM MAHDI mestilah menarik. Terlalu banyak cerita dan cereka berkisarkan FREEMASON yang berkait rapat dengan ILLUMINATI ini dibuat. Namun aku sendiri pun tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Oleh yang demikian, aku tidak boleh mempercayainya 100%. Selalu juga aku terfikir, alangkah bagusnya jikalau betul adanya bukti kukuh mengenai perkara ini di hadapan mataku sendiri. Sekiranya FREEMASON memang wujud, seharusnya umat Islam bangkit dan sedar akan kewujudannya yang akan mengancam seluruh umat Islam yang masih ada. Setahu aku, ramai lagi umat Islam di luar sana yang hidup seperti orang buta. Tidak tahu menahu pun tentang perkara-perkara sebegini. Living in this world without knowing what is happening around is just like wandering in library without reading any of books in there. Walaupun begitu, hal sebegini bukanlah salah mereka secara keseluruhan. Secara realitinya, tiada pendedahan kepada masyarakat malahan aku juga mengetahuinya melalui pembacaan yang tidak disengajakan. Sekarang memang sudah ramai yang sedar. Siapa yang tidak tahu, bekas presiden Amerika Syarikat (US), Abraham Lincoln, George Washington were masons? Sir Isaac Newton, Galilleo Galilei were masons? Mengapa Isaac sangat sukakan nombor 33 terutamanya dalam kajiannya mengenai temperature dan newton scale? Benarkah Galilleo dibunuh disebabkan beliau mengeluarkan teori sun is the centre of universe not the earth? Benarkah cerita-cerita ini? Ada kisah disebaliknya…