Thursday, 13 October 2011

Kita Serupa

Well, for this time I will probably tell a story about my life. I...(eh,jap...jap...)
Ni semua MUET punya pasallah. MUET? Nate gapo tuh? hehe..nak tahu? MUET adalah ini :)
Aku bukan nak share pasal apa dah jadi masa periksa tu. Tapi aku nak citer pasal on the way aku balik dari periksa tu.

Mula-mula kan masa aku kat dalam bas ada sorang mamat Cina duduk belakang aku. Dan secara tak sengaja aku TERjadi pendengar setia. Punyalah aku ingatkan dia tengah borak dengan orang Melayu, bukan apa. Cakap BM bahasa pasar pulak tuh. Dari cerita pasal zaman sekolah sampai bisnes lah apa lah dot dot dot aaa..
Then, aku pun macam tergerak nak toleh belakang. Sekali mamat India daa..huhu.. Sakan borak! Kalau ikut pengalaman aku lah kan, diorang ni tak lain mesti speaking punyalah. Tapi yang ni lain. BM tetap di hati mereka.

Tak lama lepas tu aku pun tukar la bas (yang ni dah citer lain tau). Bila aku naik je ada la sorang budak kecik Cina. Tengah sedap-sedap mak dia (err..agaknya lah kot..) suapkan dia nasi goreng, dia boleh toleh belakang. Dia pandang-pandang aku so aku pun main jeling-jeling lah dengan dia (tak haram kan? sebab macam tak baligh lagi je..). Entah rasa best pulak main acah-acah dia tapi yang aku pelik bila mak dia marah dia tak cakap apa-apa pun. Yang dia buat cuma gerak-gerakkan tangan dia je. Bila dah nak turun tu barulah aku perasan rupa-rupanya dia sekolah kanak-kanak istimewa. Tapi maafla dik, akak tak faham bahasa isyarat. Nanti akak belajar ye dik!
Sebelum aku turun bas, dia hulur tangan pada aku. Sebak sangat-sangat masa tu dan aku pun terus sambut salam dia. Dia senyum, aku senyum ^_^

Apa lah agaknya motif post si budak ni?hmm..apa guna akal kalau tak untuk berfikir rite?

Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia!
Assalamualaikum~

Credited to Hamzani Devianart

sambungan.. (18 Mac 2012)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan aku melepasi band 4 dalam MUET. Thank you Allah, Your the Most Generous.. =')