Thursday, 7 July 2011

Lawatan Ke Parlimen Malaysia

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah aku sekali lagi berpeluang menimba ilmu ditempat baru. Kali ini aku berpeluang untuk ke Parlimen Malaysia di mana tempat para pemimpin negara bersidang.

    Aku dan Aza macam biasa jadi Miss Cinderella tak hilang kasut. Sampai2 bas pun dah nak gerak. Perjalanan pun tak ambil masa yg lama, tapi cukup la boleh lelapkan mata sebab sebelah pagi kelas memang full..==" Apo nak dikato..

    Tapi apakan daya, sebarang alat perakam atau alat2 elektronik memang tak boleh bawa masuk (termasuklan kalkulator saintifik aku). Yang seronoknyer kami semua berpeluang tengok ahli Dewan Negara (Senat) bersidang untuk kali kedua bagi tahun 2011. Kalau tak silap Dewan Rakyat baru tamat bersidang minggu lepas.

    Tak sampai 10 minit pun kami duduk di dalam dewan persidangan itu. Seterusnya kami mengikuti sesi soal jawab bersama pegawai bertugas di situ. Hmm..selesai slot tu barulah aku dapat memahami dengan lebih mendalam tentang proses merangka, menggubal dan apa2 yang berkaitan dengan hal ehwal undang2.

    Keluar dari bangunan mulalah sesi fotografi budak2 ribena tu. Yang dah besar jadi macam budak tadika. Apapun, aku tetap menyimpan hasrat bahawa satu hari nanti bukan lawatan yang membawaku ke sini tapi kerajaan sendiri menjemputku ke mari..InsyaAllah ^_^

LWA01G (A group of future lawyers..InsyaAllah..)

2 comments:

  1. wasalam..ekekek~ biase2 je lah Ya..
    tak lawan nak terbang Mesir..huhu,, :)

    ReplyDelete