Friday, 29 July 2011

Bas Ekspres

      Oh tidak! Cuti seminggu rasa macam baru semalam je start. Hari ni aq balik Shah Alam dengan abang aq. Tapi dia berhenti kat Seremban. Masa dekat stesen bas Kluang terserempak pulak dengan ex-dormmate masa sekolah menengah dulu. Wah, seronoknyer! Naik bas ramai2 terasa macam rombongan sekolah pulak.

      Nak dijadikan cerita bas ekspres X yang kitorang naik tu ade problem. Nak dekat dua kali jugak dia rosak tepi jalan dan sekali rosak mau nye hampir satu jam! OMG (Oh mak guard!) Aku dan Lala konon2 nak lunch sementara tu tapi baru je bayar nasi kat kaunter driver bas dah hon. Takde rezeki pulak~

      Hampir pukul 2.30 bas sampai ke Seremban. Untunglah bang ade junior dia balik UiTM Kuala Pilah sama2. Dibuatnya pulak junior dia tercicir handphone dekat tempat duduk. Mujur je esok aq jumpa abang aq balik sebab ada Majlis Titah Raja Muda Perak di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

      Bayangkanlah lepas tu bas rosak dua kali! Dari pukul 10.30 pagi sampai 5.00 petang aq terpaksa terperap duduk dalam bas sorang2. Yang lain2 (budak2 UiTM Puncak Alam) semuanya dah turun Klang. Tak cukup lagi dia suruh turun suruh pindah naik bas lain. Jiwa kacau yang teramat~

      Dengan membawa 3 buah beg yang masing2 mempunyai purata seberat 5 kg, bahu aq terasa longgar. Bila dah sampai bilik rasa melayang2 tapi masih tak insaf sebab lepas je solat aq, Aza dan Farrah serbu Plaza Alam Sentral ramai2. Hiyargghhh!!!

      Apapun memang pengalaman pertama balik u yang agak dahsyat sebab sebelum ni setakat ulang-alik ke Mersing tu rasa macam jalan kaki pergi beli beras kat kedai tepi masjid je.

      Yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datangnya dari diri saya sendiri hakikatnya segala perkara Allah yang menentukan. Wallahu'alam..

Diz is me n my big brother ^_^

2 comments:

  1. salmah dah tak pkai spec lg ker? :)

    ReplyDelete
  2. idok lerr kak yan.mase tuh tgh pegang spec nyer ^^
    cbe tgok kat tgn kte

    ReplyDelete