Saturday, 28 May 2011

Jejak Kaki ke Menara Gading

Bingkisan kali ini ringkas sahaja. Sekadar berkongsi pengalaman di tempat baru, suasana baru, rakan baru dan serba serbilah! Segalanya bermula di sini...

UiTM di hatiku.. <3



Nak dipendekkan cerita aku berjaya ditawarkan masuk ke UiTM dalam jurusan undang-undang peringkat asasi. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ke peringkat lebih tinggi InsyaAllah..

Fakulti Undang-undang, UiTM Shah Alam

Maka bermula saat ini aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dalam bidang yang aku pilih kini demi agama dan yang jelas demi mengubah destini anak bangsa. Mudah-mudahan kesemua siswa dan siswi UiTM Shah Alam terutamanya dapat mencapai cita-cita dan segala apa yang diimpi.

Tidak dilupakan ucapan jutaan terima kasih kepada para PM Minggu destini Siswa (MDS) Sesi 2011/2012 kerana telah memberi tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada para pelajar baru dalam mengharungi kehidupan baru sebagai siswa dan siswi. You all are da best! I really mean it!

Abang Ong dan Abang Ridha
Para PM MDS UiTM Shah Alam Sesi 2011/2012
Sampai sini sajalah perkongsian saya pada kali ini, Semoga pengalaman mampu mengajar kita erti kedewasaan.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment