Wednesday, 22 June 2011

Muhasabah Diri Yok !!!

      Sewaktu perkenalan diri LAW 038, ramai juga rakan-rakanku yang membuka rahsia atau terbuka secara tak sengaja. Terasa kerdilnya diri ini jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Ada yang berasal daripada keluarga yang dikenali, ada juga mendapat pendidikan agama yang tinggi dan banyak lagi. Yang pastinya, mereka jarang sekali berbangga diri. MasyaAllah~

      Lain pula ceritanya di kelas CTU 081 (Islamic Education Study 1). Aku cukup terharu memandang ke arah rakan baikku, Farrah yang sedang memegang sebuah buku tentang himpunan surah, ayat dan doa pilihan. Perasaan rendah diriku bertambah apabila mengingat kembali rakanku yang seorang itu yang tidak pernah lepas dari membeli dan membaca buku-buku agama. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu-ilmu yang diperolehinya dari buku-buku tersebut.

      Petang tadi aku pergi ke Seksyen 2, Shah Alam. Lepas tamat kelas CTU 081, aku dan kawan-kawan menuju ke Bank Islam Kolej Mawar lepas tu barulah kami bertolak ke destinasi.
Foodcourt Sek 2, Shah Alam



      Tibalah masa makan kami. Aku memilih nasi goreng cendawan untuk menu hari ini. Aza dan Farrah masing-masing makan kuey tiow kong fu dan nasi goreng pattaya. Fresh orange jadi pilihan sebagai pelengkap rasa.


*******



      Allahuakbar! Allahuakbar! Itu pun dah azan. Betullah seperti yang orang kata, nikmatnya orang berpuasa terasa sewaktu berbuka. Alhamdulillah~

      Selepas solat Maghrib berjemaah di surau, kami bersiap untuk pulang. Tiba-tiba, Yusma, roommateku memesan makanan melalui telefon. Sementara menunggu, kami memesan ABC Special yang terkenal di kawasan tersebut.
ABC Special yang sangat terkenal



      Kadang-kadang aku terfikir bilakah akan tiba giliranku untuk melakukan kebaikan-kabaikan yang terlindung seperti rakan-rakanku yang lain? Dan jika tiba masanya, akankah aku melakukannya dengan seikhlas hati?



"Wahai hati, tetaplah kamu  pada jalan-jalan kebaikan agar selamat dunia dan akhirat. Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu..Amiinn.."