Tuesday, 17 May 2011

Gathering Iskandar Kecil-kecilan

Sebermula, entri kali ini adalah berkenaan perjumpaan yang telah dirancang oleh bekas pelajar-pelajar SMS Sultan Iskandar, Mersing 0610. Adakah ramai yang hadir pada pertemuan pada kali ini? Maka kita ikuti kisah seterusnya...

Perjalanan kali ini menuju abadi. Ops, silap! Yang tu tagline untuk Nur Kasih The Movie..huhu.. Perjalanan kali ini bermula sehari sebelum itu. Maryam tiba di teratak kediamanku sebelum Maghrib selepas tamat mesyuarat yang bersidang di tadika Ghufran. Betul tak Yam? Lebih kurang macam tulah.

Pada keesokkan harinya, kami (Maryam,Fahriah Adibah,Izyan dan aku) bersama-sama berkumpul di stesen bas Simpang Rengam untuk bertolak ke Kluang. Tiba di Kluang, bilangan ahli kami bertambah menjadi lima orang dengan kehadiran Maria. Welcome buddy!

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Mersing. Setibanya kami di sana, mastermind kami (Yam) menghubungi rakan-rakan yang lain. Kami bersetuju akan berkumpul di KFC baru. Inilah dia!!

KFC Mersing yang terbaru




Dari kiri:Fahriah Adibah,Maria,Izyan
Tak lama kemudian, Awin tiba di KFC. Ada jugak nampak Fikrie Azhar tapi dia macam tengah buzy so tak mau kacau lah. Setelah lama menunggu, kami bergerak menuju ke rumah Cikgu Samsudin dan solat Asar di sana.


Selesai solat Asar, Zaim, Ayed dan Thaqif sudah berada di ruang tamu. Tanpa berlengah, kami bergerak menuju ke rumah baru Cikgu Amnah. Bangga sebab kami adalah antara golongan pelajar yang terawal menjejakkan kaki di rumah baru serba indah ini.


Khusyuk mendengar perbualan antara kami dengan Cikgu Amnah
Zaim sedang mempromosi.Teruskan usaha!!
Wajah-wajah kekasih
Agak-agak dah puas berjumpa kami pun bertolak ke sekolah terchenta. Kalau dulu nampak bumbung sekolah pun dah rasa malas tapi kali ini perasaan sangat berbeza. Rindu. Perkataan itu sudah cukup membawa seribu satu makna dalam diri masing-masing.


Kami semua menginap di Bilik Sakit Aspuri. Sebelum meneruskan agenda kami pada malam itu, Zaim dan Ayed membuat sedikit perkongsian di Surau Al-Kautsar buat adik-adik junior yang dikasihi.


Zaim sedang menyampaikan ucapan yang berupa nasihat
Selesai majlis pada malam itu, kami menuju ke rumah bekas guru Biologi kami iaitu Puan Rosnah. Kami cukup terharu kerana beliau begitu ikhlas menerima kedatangan kami setelah lama menunggu sejak petang lagi.


Tambah lagi nasi tu..bukan  selalu dapat rasa masakan Cikgu Rosnah tau..
Meriahnya!!
Miss diz moment..big time~
Akhir sekali kami menziarahi pasangan guru yang telah lama berkhidmat di SMS Sultan Iskandar. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Maon dan Cikgu Fazidah. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Maon kerana telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua di SMK Siapu dan juga Cikgu Fazidah yang telah menggantikan tempat suaminya menjadi Guru Penolong Kanan 1. Insan-insan seperti merekalah yang menjadi titik tolak kepada lahirnya para saintis, ahli falsafah dan teknokrat yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. InsyAllah..


Kami sayang cikgu!!
Malam itu kami semua tidur di dorm masing-masing. Adik-adik dorm terutamanya sungguh gembira menerima kedatangan kami. Kebanyakan soalan mereka berhubung dengan soal akademik, pengalaman dan kata-kata nasihat buat mereka. Wah, rasa janggal pula tidur di dorm Education 2.


Pagi-pagi lagi Cikgu Sudin datang ke asrama untuk mengejutkan para pelajar solat berjemaah di surau. Aku tidak ketinggalan untuk menyertai jemaah pada pagi tersebut. Aku mengambil kesempatan untuk merasai semula suasana sebagai seorang yang bergelar pelajar. Selesai bersalaman, salah satu amalan yang sering diamalkan di sini adalah amalan membaca Yassin selepas solat Subuh. Aku sedekahkan bacaan pada pagi itu khusus untuk kecemerlangan para pelajar PMR dan SPM, para guru dan seluruh warga SMS Sultan Iskandar dan mendoakan agar kecemerlangan sekolahku itu akan berkekalan dunia dan akhirat.Amiinn...


Kami semua turun bersarapan di warung bawah. Setelah itu, kami menghadiri majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di Dewan Sri Integrasi bertemakan 'Back to School'. Sangat nostalgik kerana semua guru begitu supporting dengan mengenakan pelbagai seragam sekolah.


Sambutan Hari Guru bertemakan 'Back to School'
Kami mengambil kesempatan yang ada untuk bertemu dengan guru-guru SMSSI di bilik-bilik guru. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami mewakili semua bekas pelajar Iskandar 0610 mengucapkan ribuan terima kasih dan ungkapan maaf tulus dari hati andai pernah melukakan hati semua guru-guru yang banyak menabur bakti dalam usaha mendidik kami anak-anak bangsa. InsyaAllah, kami akan meneruskan perjuangan kami di peringkat yang lebih tinggi mengikut bidang masing-masing dengan satu matlamat yang sama iaitu demi mancapai redha Illahi. Jasamu kami kenang hingga ke akhir hayat wahai guru-guruku sekalian.


Dalam mengenang jasa para guru, puisi khas telah disampaikan oleh para guru dari Bilik Guru 2 ikhlas untuk arwah rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarhamah Nawiah binti Rosdi yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal tahun lalu akibat kanser paru-paru. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman dan beramal soleh. Aminn..Al-Fatihah..


Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.Al-Fatihah..
Kami bersiap-siap dan menuju ke Pusat Boling, Mersing. Rasa penat kami hilang dan kami agak terhibur bergelak ketawa dengan rakan-rakan yang entah bila lagi akan berjumpa.


Penatnya..^_^
Dan buat kali terakhir (harap-harap tak) kami menikmati makan tengah hari di restoran tempat Khai bekerja. Boleh tahan sedap masakannya.


Sirap bandung laici is my favourite drink! yummy~
sampai licin kitorang kejekan..
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan yang pastinya perpisahan itu cukup memilukan hati. InsyaAllah, jika diizinkan-Nya pasti kita akan bertemu lagi di suatu masa nanti. Wallahu'alam..


Sebelum bertolak pulang
Sampai berjumpa lagi..^_^
Mersing bumi bertuah

3 comments:

  1. seronokny... alhamdulillah.. insyaAllah, pasni ktorg pulak.. wa ya yam liza n maybe ade yg laen2, nk g sekolah hujung puasa ni.. ziarah cgu2.. ^_^ moga2 bkesempatan.. kalau salmah cuti, yok ikut same..=) hehe~

    ReplyDelete