Saturday, 28 May 2011

Jejak Kaki ke Menara Gading

Bingkisan kali ini ringkas sahaja. Sekadar berkongsi pengalaman di tempat baru, suasana baru, rakan baru dan serba serbilah! Segalanya bermula di sini...

UiTM di hatiku.. <3



Nak dipendekkan cerita aku berjaya ditawarkan masuk ke UiTM dalam jurusan undang-undang peringkat asasi. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ke peringkat lebih tinggi InsyaAllah..

Tuesday, 17 May 2011

Gathering Iskandar Kecil-kecilan

Sebermula, entri kali ini adalah berkenaan perjumpaan yang telah dirancang oleh bekas pelajar-pelajar SMS Sultan Iskandar, Mersing 0610. Adakah ramai yang hadir pada pertemuan pada kali ini? Maka kita ikuti kisah seterusnya...

Perjalanan kali ini menuju abadi. Ops, silap! Yang tu tagline untuk Nur Kasih The Movie..huhu.. Perjalanan kali ini bermula sehari sebelum itu. Maryam tiba di teratak kediamanku sebelum Maghrib selepas tamat mesyuarat yang bersidang di tadika Ghufran. Betul tak Yam? Lebih kurang macam tulah.

Pada keesokkan harinya, kami (Maryam,Fahriah Adibah,Izyan dan aku) bersama-sama berkumpul di stesen bas Simpang Rengam untuk bertolak ke Kluang. Tiba di Kluang, bilangan ahli kami bertambah menjadi lima orang dengan kehadiran Maria. Welcome buddy!

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Mersing. Setibanya kami di sana, mastermind kami (Yam) menghubungi rakan-rakan yang lain. Kami bersetuju akan berkumpul di KFC baru. Inilah dia!!

KFC Mersing yang terbaru




Dari kiri:Fahriah Adibah,Maria,Izyan
Tak lama kemudian, Awin tiba di KFC. Ada jugak nampak Fikrie Azhar tapi dia macam tengah buzy so tak mau kacau lah. Setelah lama menunggu, kami bergerak menuju ke rumah Cikgu Samsudin dan solat Asar di sana.

Wednesday, 4 May 2011

Family Trip

Perjalanan kali ini membawaku ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Pahang. Gajah2 di sini terdiri daripada gajah2 yg teleh tersesat dan terkeluar dari kumpulannya atau yang menjadi mangsa pemburu haram atau haiwan2 buas.

Gajah2 ni semua dah terlatih

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Kuantan. Untuk lunch, kami memilih Teluk Cempedak. Tempat itu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang digemari oleh pelancong2 asing.

Ada ramat sangat mat saleh yg datang sini

Sampai juga akhirnya! Kami tiba di Bukit Gambang Resort City pada petang itu dalam waktu hujan lebat. Alhamdulillah perjalanan kami tiada sebarang masalah dan moga2 kami sentiasa dalam rahmat-Nya.