Saturday, 2 April 2011

Destinasi ke Muar

Stesen bas Ayer Hitam
    Perjalanku bermula di sini. Bertolak dari Simpang Rengam pada jam 7.45 pagi dengan menaiki bas. Walaupun ada sikit masalah tapi dengan izin Allah aku mampu jugak sampai ke Muar tepat pada masanya. Dalam perjalanan menuju ke Muar, Biela menaiki bas dengan aku naiki (dari Batu Pahat) iaitu Mayangsari. Setelah sampai di bandar Muar, aku singgah sebentar di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menguruskan kad bank akaun simpanan wang elaun PLKN awal tahun ini.



      Aku dan Biela bersama-sama menaiki kereta ibu salah seorang dari rakan kami yang lain iaitu Adibah. Setelah sampai ke sana, barulah aku bertemu dengan rakan-rakanku yang lain. Wah, teringat aku sewaktu zaman persekolahan dulu. Maka berkumpullah kami berlima (malangnya Azwa tak dapat ikut sama) untuk menikmati makan tengah hari di kediaman Dieba. Rezeki jangan ditolak. Siapa yang dapat menahan lauk yang begitu sedap, nasi ayam! Apa tunggu lagi, bismillahirrahmanirrahimm... Jemput makan semua ^_^


    Untuk menmbahkan lagi suasana ala-ala gathering kami, ummi Najwa dan Nadiah telah menghantar kami berlima ke bandar Muar untuk menikmati makan petang di sana.

Frienship Remains And Never Can End (F.R.A.N.C.E.)
Dari kiri:Adibah,Nabilah,Salmah(saya),Nadiah,Najwa
Tiada dalam gambar:Shazwani
Dan inilah hasil persahabatan kami setelah hampir enam tahun berkenalan. Persahabatan yang terjalin semata-mata ingin mencari redha Illahi InsyaAllah akan diberkati olehnya. Semoga Engkau memberkati ukhwah yang terjalin di antara kami dan masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Amiinn...

    Kami berjalan-jalan di sekitar Wetex Parade pada petang itu. Walaupun nampak gembira, dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa sebak aku memikirkan akan adakah lagi peluang untuk kami berjumpa lagi seperti ini? Namun,di kesempatan yang ada akanku manfaatkan sebaik yang mungkin.

    Hmm..kami memilih The Chicken Rice Shop sebagai target untuk mengisi perut masing-masing. Aku cukup bersyukur kerana rupa-rupanya ada yang menaja makan petang kami pada petang itu. Syukur Alhamdulillah..

Hidangan dari langit..makan dulu!!

Semua dah kenyang..senyum pun ikhlas >_<

    Malam itu Maryam pun datang ke rumah Wa Ya. Tambah lagi seorang ahli. Makin ramai lagi meriah.
Keesokkan harinya, kami bertolak keluar untuk menziarahi rakan kami yang ditimpa musibah tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Hasliza juga merupakan salah seorang daripada rakan sekolah dan seperjuangan kami. Adat orang Melayu, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Setibanya kami di sana, kami bersalaman penuh mesra keran agak lama aku tidak bertemu dengan rakan sebilik dan sekelas aku itu. Alangkah gembiranya kami kerana sekali lagi berkumpul bersama-sama. Bukan hanya itu, kami juga dihidangkan dengan bubur merah tanda kesyukuran atas kejayaan kami dalam keputusan SPM kami pada tahun 2010. Alhamdulillah..thank You Allah...

Pertemuan yang sungguh bermakna buat diriku
    Setelah hampir pukul 1 tengah hari, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Ops, sebelum itu aku bukan pulang dengan tangan kosong je..haha..tada!!

Semua tandatangan tu adalah sebagai bukti dan memori terindah..huhu..

Sekali tiga ku miliki~

    Arakian, maka berakhirlah kisahku pada kali ini. InsyAllah, kalau ada rezeki akan ku kongsi pengalaman-pangalaman bermakna bagi diriku untuk dijadikan iktibar buat orang-orang yang berfikir. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment