Saturday, 2 April 2011

Destinasi ke Muar

Stesen bas Ayer Hitam
    Perjalanku bermula di sini. Bertolak dari Simpang Rengam pada jam 7.45 pagi dengan menaiki bas. Walaupun ada sikit masalah tapi dengan izin Allah aku mampu jugak sampai ke Muar tepat pada masanya. Dalam perjalanan menuju ke Muar, Biela menaiki bas dengan aku naiki (dari Batu Pahat) iaitu Mayangsari. Setelah sampai di bandar Muar, aku singgah sebentar di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menguruskan kad bank akaun simpanan wang elaun PLKN awal tahun ini.



      Aku dan Biela bersama-sama menaiki kereta ibu salah seorang dari rakan kami yang lain iaitu Adibah. Setelah sampai ke sana, barulah aku bertemu dengan rakan-rakanku yang lain. Wah, teringat aku sewaktu zaman persekolahan dulu. Maka berkumpullah kami berlima (malangnya Azwa tak dapat ikut sama) untuk menikmati makan tengah hari di kediaman Dieba. Rezeki jangan ditolak. Siapa yang dapat menahan lauk yang begitu sedap, nasi ayam! Apa tunggu lagi, bismillahirrahmanirrahimm... Jemput makan semua ^_^