Friday, 30 May 2014

Membangun Pemikiran Islam Dalam Menghadapi Cabaran Zaman


Judul Membangun Pemikiran Islam Dalam Menghadapi Cabaran Zaman

Pengarang : Mohd Rumaizuddin Ghazali

Penerbit : Universiti Sains Islam Malaysia

Tahun Terbit : 2011

No. ISBN : 978-967-5295-59-1






Ulasan :

Melihatkan pada tajuknya sahaja, pembaca mungkin boleh membuat tekaan bahawa isi kandungan buku ini adalah berkisar tentang ilmu dan cara berfikir menurut ajaran Islam. Selain mengupas tentang sejarah tamadun Islam, penulis juga mengutarakan peranan setiap Muslim dalam proses penyebaran ilmu terutamanya graduan Universiti Al-Azhar.

Karya ini mampu menjadi pemangkin kepada pembaharuan sistem pendidikan di Malaysia iaitu dengan menerapkan nilai-nilai agama sekaligus memperkasa gerakan dakwah dan mengutamakan maslahah ummah. Seiring dengan itu, umat Islam harus memberi perhatian kepada Syariat Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang utama.

Para pembaca amat digalakkan untuk mempraktikkan adab dan akhlak terpuji yang telah digariskan dalam Islam. Tanpa kita sedari, perlakuan sosial memberikan impak yang besar terhadap ketamadunan sesebuah negara. Di samping itu, buku ini juga memaparkan elemen-elemen penting bagi pembentukan sesebuah negara yang sejajar dengan ajaran Islam sama ada dari segi perpaduan ummah, sistem perundangan mahupun sistem pentadbiran negara tersebut.

(140 patah perkataan)





Carian : Pertandingan Ulasan Buku, Terbitan Penerbit USIM, Sambutan Hari Buku Sedunia 2014

Thursday, 29 May 2014

Pengurusan Akidah Dalam Kehidupan Muslim


Judul Pengurusan Akidah Dalam Kehidupan Muslim

Pengarang : Mohd Radhi Ibrahim

Penerbit : Universiti Sains Islam Malaysia

Tahun Terbit : 2013

No. ISBN : 978-967-0393-77-3





Ulasan :

Akidah memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap keimanan seorang manusia terhadap Allah selain mendepani keraguan daripada musuh Islam. Oleh yang demikian, pengurusan akidah dalam jiwa perlu diambil secara serius dan tidak boleh dipandang remeh.

Buku yang ditulis oleh Profesor Madya di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan kerana gaya bahasanya yang mudah difahami dalam masa yang sama mempunyai isi kandungan yang mantap.

Selain mengetengahkan objektif dan kepentingan pengajian akidah, penulis tidak lupa untuk mengambil pedoman daripada Al-Quran dan Sunnah serta sejarah zaman Nabi saw. Pembaca juga akan memperoleh ilmu tentang permasalahan akidah yang berlaku sejak berkurun lamanya terutamnya berkaitan aliran pemikiran dan mazhab akidah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam. Pengukuhan akidah juga boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti solat dan berfikir tentang kekuasaan Allah swt.

(126 patah perkataan)




Carian : Pertandingan Ulasan Buku, Terbitan Penerbit USIM, Sambutan Hari Buku Sedunia 2014

Mengenali Bahasa Arab Melalui Al-Quran


Judul : Mengenali Bahasa Arab Melalui Al-Quran

Pengarang : Lubna Abd. Rahman, Arnida A. Bakar, Wan Azura Wan Ahmad

Penerbit : Universiti Sains Islam Malaysia

Tahun Terbit : 2008

No. ISBN : 978-983-2950-73-8







Ulasan buku :


Dewasa ini, rakyat Malaysia dilihat semakin ramai yang mempunyai kemahiran memahami dan bertutur dalam bahasa Arab. Kemahiran ini amatlah dituntut terutamanya bagi seorang Muslim yang mempunyai kitab pedoman berbahasa Arab juga melaksanakan ibadah dalam bahasa tersebut.

Buku ini menonjolkan keunikan dan keindahan bahasa Arab melalui al-Quran. Menceritakan sedikit sebanyak tentang keistimewaan bahasa Arab dari pelbagai aspek, pembaca pastinya akan tertarik dengan keunikan susunan al-Quran itu sendiri.

Penulis juga cuba mencari sebanyak mungkin perkaitan antara bahasa Arab dan kitab suci al-Quran. Hubung kait ini telah berjaya dibuktikan oleh beberapa ayat yang termaktub dalam al-Quran. Tambahan pula, buku ini menceritakan betapa al-Quran mempunyai unsur bahasa Arab yang tinggi terutamanya dari segi tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan oleh Arab moden masa kini.

(118 patah perkataan)





Carian : Pertandingan Ulasan Buku, Terbitan Penerbit USIM, Sambutan Hari Buku Sedunia 2014

Thursday, 10 April 2014

March's Participation


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Post kali ni akan kelihatan seakan-akan laporan bulanan yang selalu kita tengok dalam fail persatuan tu. Quite boring yet you'll find it beneficial. Kiranya bulan Mac yang lalu memang cukup-cukup ilmiah bagi aku. All praises to Allah =]


1. Forum on Liberalization of The Legal Profession - (Friday, March 7th)                                                     

Program ni aku attend atas platform Law Society (Lawsoc). Bagi memperbanyak aktiviti dalam laporan Lawsoc, maka unit aktiviti will seek for any program organised by Malaysian Bar Council.
 Sekali dalam hall tu takde sorang pun takde muka student. Advocates and solicitors belaka. Sampailah ada sorang lawyer ni approach kitorang tanya kenapa datang. Nasib baik ada si Mirali tolong jawab. Baik punya cover sampai dia pun puji dia. "Your answer is logic" katanya. Hidup Mirali! *hats off*


2. Friendly Mooting UUM-USIM at UUM Sintok, Kedah (Friday, March 7th - Sunday March 9th)            

For the first time in my life aku pergi penghujung utara Malaysia naik bas tanpa family! Cuak dia, Allah je yang tahu. Eksaited? Gila tak! Makan minum tambang semua tanggung maa. Again. Aku pergi program ni atas kapasiti Lawsoc member.
Malam tu agak rushing laa sebab petang tu baru balik dari KL. After siap packing, Kak Paen dgn Shimi hantar aku n Mirali pergi fakulti naik kereta. Zaim pun ada sekali..hahaha.. Serius tak tahu cemane nak hilangkan rasa terharu dengan diorang. Nak nak otw dalam bas tu Shimi pegi whatsapp gambar ni..



Hari Sabtu tu aku sempat jumpa Syafiqah Najib si kaklong kawasan time pergi Jeti Komalaut, Kuala Perlehhh most wanted yaww


Friendly mooting hari Ahad. USIM dapat best mooter while UUM menang keseluruhan..hoho. Ramai giler member asasi kat sana. Even tak kenal nama, tapi cukuplah muka dan asasi  yang menyatukan kita..cewaahhhh




3. Compulsory Volunteer Training Session for Yasmin Mogahed Malaysia 2014 (Sunday, March 16th)        

Okay yang ni aku double excited! My friend and I were selected to be one of volunteers for upcoming Light Upon Light program. As for that, kitorang diminta untuk datang sesi latihan di PICC. Alhamdulillah, memang cukup-cukup tak sabar nak tunggu 25 dan 26 April nanti..heee
Here's the promotion posters. Student price also available!


"All manual ticket purchase for I Slam ‘Seasons of Change’ and Observation of A Heart, here is the bank details for you to make the payment: 
Account Name: Light Upon Light
Account Number: 12360000626104
Bank Name: CIMB Islamic
Seats are selling fast! Please email the proof of payment to paymentlul@gmail.com and state your notification order number/full name. For any inquiries, please call 011 23238669. 
Barak Allah hu feekum!" copied from FB Light Upon Light


 4. Walimatul Urus Farhana & Fakhrurrazi di Muar, Johor (Sunday, March 23rd)                                         

Rindu. 4 tahun lepas rasa macam baru je semalam habis SPM. I can barely describe my feelings. Thank you so much ya Allah for reuniting us even for less than an hour :')



5. KLIA 2 Trial Run (Tuesday, March 25th)                                                                                                

Okay yang ni memang mahsyukkk sebab sukarelawan akan diberi elaun. Syukur sangat dapat tigaploh hengget for just doing a simple work! Actually, aku memang happy sangat sebab waktu ni JPA belum masuk. So, aku terharuuuu *nanges*
Petang tu aku dapat berita scholarship dah masuk pagi tadi. Ya Allah, lagilah aku terharu. Baiknya Engkau wahai Allah... T_T


6.  1st FSU Night Lecture Series (Wednesday, March 26th)                                                                        
Bila anjurkan program sendiri, baru faham perasaan organiser yang selalu handle event. Ini baru program peringkat fakulti, belum international..huhu. After all, I learned so many things. Start dari draft paperwork sampailah post-mortem. Alhamdulillah, semua berjalan lancar *smile*



Kudos to my valuable committees for their outstanding efforts!


7. Malam Apresiasi Fakulti Syariah dan Undang-undang 2012/2013 (Friday, March 28th)                           

Syukur.


8. UM Law Career Convention (Saturday, March 29th)                                                                              

Yang ni, biarlah rahsia. HAHAHAHAHAHA!